Skip to content

Travelog

3 Alasan Korang Perlu Travel Ke Luar Negara

Salam dan hai sekali lagi. Sorry sebab dah lama tak update blog. Sementara tunggu Pokemon Go yang entah bila nak masuk Malaysia. Maka dua tiga pat nam hari nih aku asyik main game pokemon versi yang dulu-dulu. Zaman aku sekolah dulu yang tak dapat main. heh

Okay. Cukup pasal pokemon. Kali ni aku nak share alasan untuk korang mula menabung untuk berhijrah atau menjelajah ke luar negara.

sekitar istana odawara

Macam-macam perasaan dan emosi yang akan korang rasa walaupun baru mula merancang untuk kenal tempat baru. Lebih-lebih lagi ke tempat yang sangat asing dengan bahasa ibunda kita nih.

Jadi, kenapa perlu travel ke luar negara?Read More »3 Alasan Korang Perlu Travel Ke Luar Negara

Bajet dan Pengalaman Pulau Perhentian Kecil Selama 3 Hari 2 Malam

Salam dan hai semua. Selamat hari raya kepada korang yang masih dalam mood raya. Manakala kepada korang yang sedang merancang percutian pendek ke Pulau Perhentian. Inilah entri untuk korang.

Saya cadangkan pergilah ke Pulau Perhentian Kecil sebab bagi pengalaman saya, Pulau Perhentian Kecil lagi meriah berbanding Pulau Perhentian Besar dan ini adalah tips bajet dan pengalaman saya di Pulau Perhentian Kecil selama 3 hari 2 malam.

Perhentian Kecil ada Pasir Panjang atau Long Beach(nama glamour) iaitu permukaan pantai yang lebih menarik daripada Teluk Dalam di Perhentian Besar.

pulau-perhentian-besar-kecil

Pemandangan di Long Beach juga sangat cantik dan strategik untuk mengadakan tarikan pelancong seperti persembahan tarian api malah gerai makan bukak sampai ke tengah malam. Sebab itu jugak lah saya kira kebanyakkan pelancong dari luar negara lebih suka berjemur di Long Beach.


Hari Pertama – Tiba di Jeti

Hari tuh. Dalam bulan februari tahun lepas. Saya dan beberapa kawan walk in je datang Pulau Perhentian. Takde booking bilik pun lagi. Rilek habis. Kami tiba di jeti Perhentian Kecil lebih kurang dalam pukul 4 petang macam tu. Kemudian kiteorang berjalan pakat cari bilik yang murah-murah sambil meninjau aktiviti sekeliling yang aman damai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. huhu

Read More »Bajet dan Pengalaman Pulau Perhentian Kecil Selama 3 Hari 2 Malam

6 Aktiviti Menarik Serta Gambar di Sungai Mekong, Ho Chi Minh

Minta maaf sebab dah sebulan lebih blog nih menyepi dan takde pos baru pasal trip ke Ho Chi Minh baru-baru nih. Konon sibuk nak buat macam-macam. Konon tunggu ilham. Konon nak tulis citer best. huh

Dalam bulan April hari tuh aku, adik aku and dua orang kawan lain terbang ke Ho Chi Minh.

Sekarang aku bukan nak citer pengalaman je tapi aku juga nak share gambar aktiviti menarik di Sungai Mekong hari tu.

sungai-mekong-vietnam-blog-fariz-izhan

Fakta: Sungai Mekong adalah antara sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Tempoh perjalanan ke Sungai Mekong dari bandar Ho Chi Minh adalah 2 jam. Maka bermula lah aktiviti kiteorang sebaik saja naik bot menuju ke destinasi pertama iaitu lokasi pembuatan gula kelapa. Read More »6 Aktiviti Menarik Serta Gambar di Sungai Mekong, Ho Chi Minh

Tempat yang wajib korang lawat ketika di Ho Chi Minh, Vietnam (video)

Trip ke Vietnam nih best sebab berbaloi dengan tempat penginapan serta makanan yang telah disediakan. Bawa duit belanja untuk shopping je. Trip untuk 4 hari dan 3 malam ni sungguh memuaskan. My social network: https://www.facebook.com/farizizhanabdulhadi https://www.instagram.com/fariz_izhan/ Kamera: iPhone 6 Muzik:… Read More »Tempat yang wajib korang lawat ketika di Ho Chi Minh, Vietnam (video)