akihabara tokyo jepun

Ini adalah kali kedua aku ke Tokyo maka dua kali jugak lah aku mencari kedai gundam yang murah di sini. Untuk makluman korang, aku akan kongsikan tiga nama kedai yang aku pernah pergi serta bagi aku sangat best untuk shopping gundam di Tokyo sahaja sebab daerah lain dalam Jepun seperti Sapporo, Osaka, Hiroshima dan lain-lain tu aku tak pernah pergi.

Untuk ingatan bersama, dapatkan 1 day atau 1 week punya train pass kat mana-mana station. Guna pass tu lagi jimat dan lancar untuk berjalan berbanding guna tiket pakai buang tu.

Lagi satu, jangan tinggal passport korang ditempat penginapan korang. Bawak je passport nanti berguna untuk shopping dan bebas dari cukai.

Mandarake di Nakano Broadway serta Lokasi

Pengenalan kedai Mandarake, kedai ni terkenal dengan barang terpakai serta toys yang rare sehingga boleh cecah 1 juta yen (30 ribu ringgit). Untuk pengetahuan korang tahu, barang terpakai di Jepun ni adalah sangat elok sama seperti barang baru beserta harga yang berpatutan dan murah.

Mandarake ada banyak kedai dalam bangunan Nakano Broadway ni. Termasuklah kedai buku, aksesori, rare toys dan macam-macam lagi. Masuk je cuci mata pastu tanyalah kedai gundam kat mana nanti korang akan dapat pamplet info untuk setiap floor ada kedai apa. Ni aku ada sempat snap pamplet info setiap floor tu.

Untuk terus ke kedai gundam, korang terus naik tingkat 4 dan kedai tu bernombor 7(mandarake special 7). Tak jauh pun dari train station Nakano. Ni aku sediakan lokasi untuk korang senang guna GPS.

Kedai tu takdelah besar sangat tapi diorang ada banyak stock gundam yang murah-murah. Master Grade atau MG paling murah aku boleh dapat dalam 1500yen (50ringgit). High Grade atau HG paling murah aku boleh dapat dalam 600yen(20ringgit).

Serius waktu rasa macam nak angkut je semua. Tapi memikirkan bajet aku yang ciput aku angkat jelah mana yang aku paling berkenan. Kat sini je aku dah angkut 4 kotak. Ni resit aku. Boleh tengok kena tax berapa kat situ.

Mandarake di Akihabara serta Lokasi

Bila dah sampai di Akihabara korang akan nampak macam-macam kedai elektronik serta kedai toys. Untuk makluman korang, Akihabara terkenal sebagai tempat penggemar anime serta pengumpul action figures. Kat sinilah paling banyak aku snap gambar mainan sementara aku menuju ke bangunan Mandarake.

Fokus terus kepada misi pencarian kedai gundam murah. Di Akihabara ni ada tiga kedai gundam murah aku cadangkan untuk korang survey. Yang lain-lain tu sekadar cuci mata saja. Maka, tahankan diri supaya jangan mudah teracun dengan toys lain. Takut nanti bajet lari. 🙁

Sekali lagi kedai Mandarake popular dengan barang murah dan toys terpakai. Toys terpakai tu pulak sangat elok kondisinya. Sini aku sertakan lokasi kedai Mandarake tu untuk korang terus guna GPS.

Di Akihabara ni Mandarake ada bangunan tersendiri setinggi lapan tingkat. Ni aku sempat snap info floor untuk korang. Nasib ada tulis “TOY”. Tu je lah yang aku faham. huhu

Banyak toys lain yang aku minat kat sini. Tapi aku masih utamakan gundam walaupun aku terbeli danbo. Ni resit aku untuk Mandarake di Akihabara.

Sofmap di Akihabara serta Lokasi

Sofmap ada banyak stock baru yang murah dan aku dapat HG Gundam Barbatos serendah 720yen(25ringgit) dan RG Red Ashtray pulak serendah 1760yen(60ringgit). Nak je aku angkat bebanyak tapi aku pikir macam susah pulak bawak banyak kotak. Jadi lebih baik aku pilih yang mana paling aku minat.

Ada masalah teknikal jadi aku tandakan melalui gambar je lokasi kedai Sofmap tu. Tak jauh pun dari lokasi Mandarake di Akihabara ni (yang dah aku bagi kat atas).

Kat Sofmap ni aku dapat MG Gundam Shin Musha ni serendah 3496 yen(119 ringgit) sebelum tax. Terus masuk raga. Fuh! Sesungguhnya racun itu benar. 

Kalau korang shopping sampai lebih 10ribu yen nanti barang yang korang beli tu akan tax free. Bebas cukai. Jangan lupa tunjukkan passport.

Ni resit aku, RG tadi 1,760 yen(60 ringgit) lepas tax jadi 1,900 yen(65 ringgit). 5 ringgit bro kena atas satu kotak tu sebab aku beli tak sampai 10,000 yen. Walaupun aku bawak passport.

Untuk jimat banyak, pastikan korang beli 10ribu yen keatas serta bawak passport. Sebab rugi kalau beli banyak kotak tapi tak cecah 10,000 yen pun. Korang boleh tengok resit aku kat situ ada tunjuk harga asal dan harga lepas kena tax. Nampak tak efek racun aku? hehe

Ni gambaran depan pintu masuk kedai Sofmap tu. Pukul 8 malam waktu Tokyo diorang dah standby nak tutup kedai. Kedai lain paling lewat tutup pukul 10:30malam waktu Tokyo.

Yodobashi Camera di Akihabara serta Lokasi

Minta maaf sebab aku tak sempat cover gambar kedai gundam dalam bangunan Yodobashi Camera ni. Besar dan banyak sangat stok gundam serta toys lain yang baru sampai aku ternganga lupa nak snap gambar gundam.

Antara yang best dan wajib korang singgah. Ni lokasinya. Tak jauh pun dari Sofmap.

Anggaran jumlah keseluruhan pembelian aku adalah dalam 26,673 yen (907 ringgit) untuk:

  • 1 x MG Gundam RX Clear Limited Edition
  • 1 x MG Gundam RX 178 MK-II
  • 1 x MG Shin Musha
  • 1 x RG Ashtray Red Frame
  • 1 x HG Sinanju Clear Limited Edition
  • 1 x HG Gundam Barbatos
  • 1 x HG RX 93 v2 Hi Gundam
  • 1 x HG Gundam RX 178 MK-II

Akhir kata, aku dah share bahagian aku dan kalau korang ada pertanyaan atau cadangan mohon komen kat bawah. Terima kasih.

Jumpa lagi dalam entri yang lainnya!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

8 Comments

  1. Assalam..terbaik info…maaf nak tanya agak friendly tak laluan kedai ke sana utk yg guna wheelchair(PWD)

    1. 15 hari lalu saya berada di negara Laos. dikampung isteri saya tiada internet. sori ye lambat reply. ermm..g shock murah..saya ada jumpa satu kedai g shock sekitar harujuku. akhir tahun 2015 depan kedai tu ada patung gundam.

      https://uploads.disquscdn.com/images/34b8dd61b5bd1a91e6464c2ab5f62da949b30ff36062cfadf2f6ad977449e522.png

      https://uploads.disquscdn.com/images/97265d1d0cf1f89b3c68d8edb55aa1131a72dad796eb770f10590bb08ecd4366.png

      https://uploads.disquscdn.com/images/00dc1c70c6074700cb80f84928f35a1b0e47e880f8fc252029cfa6596af38f27.png

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *