Bercuti bersama keluarga sempena tahun 2020 atau ketika perayaan tahun baru cina adalah sesuatu yang normal bagi rakyat Malaysia. Kali ini, apa kata anda bercuti di Melaka pula memandangkan sebenarnya banyak tempat menarik di Melaka yang perlu anda terokai.

Melaka adalah negeri bandar bersejarah yang sering disebut-sebut oleh orang ramai, tetapi sememangnya anda akan terpegun melihat keaslian dan kebudayaan yang penuh sejarah di sini. Itu belum lagi merasai masakan asam podaih Melaka yang menjadi pilihan ramai setiap kali datang ke sini. Pasti keluarga anda juga tidak sabar-sabar untuk menikmati percutian yang menyeronokkan di sini.

Sebelum berkunjung ke Melaka, buatlah senarai tempat percutian yang mesra keluarga dimana anda boleh melakukan aktiviti yang sesuai bersama keluarga dan memudahkan semua. Maklumlah, keluarga kita terdiri daripada anak-anak kecil, ibu bapa, nenek dan sebagainya. 

Usah khuatir, jom lihat 15 tempat menarik di Melaka untuk percutian 2020 yang mesra keluarga.

Kota A Famosa

Sejak kecil lagi, kita selalu diceritakan akan kisah kota ini ataupun kita pasti pernah dibawa mengikuti rombongan sekolah rendah ke sini. Kota A Famosa adalah mercu tanda yang amat terkenal di Melaka. Selaku tempat menarik di Melaka, ia adalah tempat bersejarah yang mulanya didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di sini. 

Anda boleh melihat sebahagian senibina bangunan ini daripada pintu gerbang dan Portade Santiago. Kebanyakan bahagian bangunan telah runtuh pada tahun 1807 lagi. Biarpun begitu, bangunan Kota A Famosa ini kelihatan klasik sekali juga sesuai untuk anda mengambil gambar. 

Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Freeport A’famosa Outlet Village

Freeport A’famosa Outlet Village dikatakan tempat santai atau beristirehat yang membolehkan anda bersiar-siar bersama keluarga, membeli-belah atau mengumpul koleksi gambar percutian yang cantik dan menarik.

Ia merupakan premium Outlet yang mempamerkan barang berjenama antarabangsa seperti Puma, Under Armor, Levis, Sacoor, NIKE, Brothers dan lain-lain lagi. Harganya lebih kurang seperti harga di Mall tetapi menariknya, barangannya mempunyai pelbagai jenis pilihan. Pastinya lebih cantik!

Selain membeli barangan di sini, tempat menarik di Melaka ini mempunyai dekorasi indah yang membuatkan anda menjadi lebih photogenik gara-gara gambar latar belakang yang gah umpama berada dalam filem disneyland pula.

Lokasi: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Menara Taming Sari Melaka

Rugi datang Melaka jika tak naik atas Menara Taming Sari ini. Menara Taming Sari yang sentiasa berpusing sehingga 360% ini akan membawa anda melihat pemandangan seluruh Bandar Melaka. 

Menara yang berketinggian 80 meter ini membolehkan anda melihat tempat-tempat menarik di Melaka seperti Dataran Pahlawan, Muzium Samudera, Gereja St Paul, Masjid Pulau Selat dan sebagainya.  Menara ini akan membawa anda berpusing selama 8 minit iaitu sebanyak 2 atau 3 pusingan sahaja tetapi ia cukup berbaloi sekali.  

Selain dapat menggembirakan hati menaiki menara ini, anda juga melihat pemandangan sekitar Melaka dan bergambar di tempat menarik di Melaka ini. Sama ada ingin melihat suasana lampu neon indah di malam hari atau suasana matahari terbenam di petang hari, terpulang kepada anda.

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka. Ia tidak jauh dari Kota A Famosa dan Menara Taming Sari. Untuk menghirup udara segar dan menenangkan diri, anda boleh melepak berdekatan dengan River Cruise. 

Jika ingin berhibur dan melakukan aktiviti, anda boleh menaiki bot yang akan membawa anda ke sepanjang Sungai Cruise ini.  Anda boleh melihat pelbagai tempat menarik di Melaka seperti Muzium Samudera, Dutch Fort dan banyak lagi di sepanjang sungai ini. Terdapat juga lukisan-lukisan mural menarik pada bangunan sepanjang sungai. 

Melaka River Cruise amat mesra keluarga dimana anda boleh membawa bayi dan sesiapa sahaja menaiki bot ini. Sama ada nak naik petang atau malam, tiada masalah.  Ia mengambil masa antara 40 hingga 45 minit untuk setiap perjalanan. Menarik bukan?

Lokasi: Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Selain bersiar-siar, jom bermandi-mandi pula! Anak anda pasti sukakan tempat ini, silap-silap atok nenek pun suka. Dah lama tak merasa mandi taman tema beramai-ramai kan. Apa kata singgah bawa anak mandi dan bermain air di sini. Suasana Melaka Wonderland ini amat meriah dengan gelongsor dan tarikan mainan air seperti Adventure Island, Tornado Chaser, Wave Pool, Kamekaze Race dan lain-lain lagi.

Tempat menarik di Melaka ini tidak jauh dari beberapa tempat menarik yang lain seperti Zoo Melaka, Taman Burung Melaka, Taman Buaya Melaka dan banyak lagi. Alang-alang datang ke sini, boleh singgah ke sana juga.

Untuk pengetahuan anda, Melaka Wonderland ini juga dibuka untuk mereka yang berstatus OKU. Tiada masalah untuk mereka bercuti di sini dan ianya selamat. 

Pantai Pengkalan Balak Melaka

Pantai Pengkalan Balak mempunyai air laut biru yang cukup jernih dan cantik. Sudah pasti anak dan keluarga boleh mandi-manda di sini. Selalunya pantai ini dikunjungi oleh fotografer atau mereka yang suka bergambar kerana panoramanya sangat indah dan mengasyikkan.

Pantai Klebang

Pantai Klebang adalah pantai yang berdekatan dengan Bandar Hilir Melaka. Jika anda berada di sekitar bandar, lebih berbaloi datang ke sini. Ia adalah sebuah pantai rekreasi awam dan bukannya pantai peranginan yang panjang tetapi ia sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Tempat menarik di Melaka yang mesra keluarga ini membolehkan anda memancing, menikmati pemandangan indah, bermandi manda dan juga merasai Coconut Shake sedap yang terkenal di sini. Ada orang sanggup datang ke sini untuk Coconut Shake sahaja.

Muzium Al-Quran Melaka

Tempat menarik di Melaka yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga juga adalah Muzium Al-Quran Melaka. Inginkan kelainan dan ketenangan dalam percutian kali ini? Muzium Al-Quran akan menunjukkan anda pelbagai koleksi Al-Quran yang indah, ilmu sejarah perkembangan Al-Quran, maklumat penurunan ayat Al-Quran, seni kaligrafi di sekitar muzium, maklumat berkaitan majlis bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi.

Keluarga pasti suka bersiar-siar di sini, di samping dapat melihat pelbagai koleksi Al-Quran, dapat juga mereka menambah ilmu pengetahuan dan pahala.

Lokasi: Muzium Al-quran Melaka, Jalan Solok Balik Bukit, Kampung Bukit Palah, 75400 Melaka

Mahkota Parade

Mahkota Parade adalah sebuah kompleks membeli belah harus anda singgah untuk mencuci mata barangan yang berjenama. Terdapat hampir 200 buah kedai yang terdiri daripada kedai-kedai barang berjenama antarabangsa, tempat berhibur dan makanan.

Tempat menarik di Melaka ini bukan sahaja sarat dengan penduduk Melaka, tetapi menjadi tumpuan para pengunjung dari luar negeri juga.  Tak perlu risau tentang parking, terdapat 1,000 lot parking yang telah disediakan di sini. Maklumlah, tempat ini amat berdekatan dengan tarikan menaik lain seperti A Famosa, St. Paul Hills dan banyak lagi.

Lokasi: No.1, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka

Masjid Selat Melaka 

Tempat menarik di Melaka yang membolehkan anda singgah solat ini mempunyai konsep senibina dari Jeddah.  Ia turut dilengkapi dengan hiasan yang diperbuat dari buluh mahupun ukiran kayu.  Dibuka pada tahun 2006, Masjid Selat ini seolah-olah  masjid terapung kerana ia berada di atas lautan selat Melaka. Keluarga pasti teruja melihat keadaan masjid ini, sudahlah cantik, unik pula.

Lokasi:  Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka

Berikut adalah tempat menarik di Melaka yang mesra keluarga boleh anda lawati. Jika datang bersama anak kecil, tempat-tempat percutian ini pasti memberi keselesaan buat anda dan anak-anak. 

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *