Pengalaman Pertama di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Nih adalah kali pertama saya ke Vietnam, itu pun atas tujuan transit penerbangan untuk ke Jepun melalui Vietnam Airlines. Tempoh perjalanan dari Malaysia memakan masa lebih kurang 1 jam dan 30 minit. Sampai airport Tan Son Nhat dalam pukul 2:30 petang. Saya bertiga bersama adik lelaki saya serta member sorang. Memasing first time jejak bandar Ho Chi Minh ni.

Sementara tunggu flight ke Jepun dalam masa 13 jam, kiteorang decide untuk meronda bandar Ho Chi Minh serta nak kenal orang Vietnam ni macam mana.

Lepas booking tempat persinggah serta tukar duit Dong Vietnam kami dapatkan taxi untuk check in hotel. Untuk masa yang singkat nih saya tukar 200 ringgit sahaja untuk belanja di bandar Ho Chi Minh. Matawang Dong agak kecil jadi korang boleh jadi jutawan Dong dengan 200 ringgit tadi tapi rate yang dikenakan di airport agak tinggi so tak dapatlah saya merasa jutaan Dong Vietnam itu. Huhu

Kebetulan waktu tu adalah dalam waktu orang habis kerja jadi kiteorang berdepan dengan kesesakan lalu lintas. Tak hairan sangat sebab kat Kuala Lumpur atau mana-mana bandar macam tu.

Ronda Bandar Ho Chi Minh dengan Motor

Menurut driver taxi kami, pengguna motor di bandar Ho Chi Ming adalah sangat tinggi. Kalau sebuah family tu ada 10 orang, maka 10 bijik motorlah diorang ada. Jadi memang banyaklah motor menyelit sepanjang perjalanan kami menuju ke hotel untuk bersiap mandi solat dan sebagainya.

Dalam pukul 7 malam jugaklah kiteorang turun dari bilik hotel dan start berjalan. Flight ke Jepun dalam pukul 6 pagi macam tu. So kiteorang ada lebih kurang 10 jam untuk jelajah bandar Ho Chi Minh nih.

Memula kiteorang berjalan ibarat follow the flow je. Tuju yang mana nampak macam meriah banyak lampu situlah kiteorang tuju. Berjalanlah dengan berhati-hati kalau tersilap jalan nanti kena hon terus. Penunggang kat sini sangat alert tapi rushing so biasakanlah diri untuk dengar hon berterusan tanpa henti atas jalan.

Bila dah penat berjalan kiteorang lepak minum air sambil join orang tengok bola dalam tv. Kadang tu kiteorang guna bahasa isyarat saja untuk berkomukasi sebab ramai tak fasih berbahasa inggeris.

Kali nih kiteorang decide untuk ronda bandar dengan motor pulak. Ada banyak prebet motor kat tepi jalan. Diorang selalunya sekumpulan pakcik2 yang berjaket. Dari situ korang dapat pengalaman yang agak extreme bagi aku dalam bab menyelit tengah jalan walaupun lampu isyarat merah tanda berhenti. Betapa huru-hara situasi atas jalan. Hon tanpa henti. Serius berdebar. Mungkin tulah budaya orang sini.

Tak banyak benda kiteorang plan nak explore so kiteorang balik bilik je makan dan lepak sementara tunggu dalam pukul 4pagi untuk standby menuju ke airport untuk flight ke Jepun dalam pukul 6pagi tu.

Takpa. Nanti saya cover trip saya di Jepun serta bajet untuk korang standby. Malam terakhir di Jepun dan lain-lain lagi.

Huhu

Terima kasih 😀

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

5 Comments

    1. Salam. Maaf lambat reply. Procedure nya isi borang kemasukan negara Vietnam yang disediakan atas flight mahupun di airport. Kemudian beratur dalam barisan untuk dapatkan pengesahan passport serta borang yang dah kita isi tadi tu. Selesai.

  1. Salam. Jika transit lama di ho chi minh, hotel disediakan atau atas tanggungan sendiri ya? Lagi satu, check luggage kita tu perlu kita claim/ambil ataupun biarkan saja kerana mereka akan menukarkan sendiri checked baggage kita ke flight yg satu lagi? Maaf bertanya kerana saya baru plan untuk transit lama dan keluar dari kawasan airport untuk pertama kali. Selalu stay di airport saja. terima kasih.

    1. Salam. terima kasih sebab respon. Itu hari kami transit satu malam di ho chi minh atas tanggungan sendiri. jadi saya sarankan tambah sedikit bajet untuk belanja di ho chi minh. untuk bagasi pula, kami bawak naik atas flight sebab malas nak tunggu lagipun bagasi kami takdelah berat dan besar mana. kalau bawak banyak bagasi dan risau tak tahu ke mana bagasi kita kena tukar. saya sarankan buat pengesahan di kaunter tiket kerana ianya bergantung atas flight dan destinasi penerbangan itu. terima kasih bertanya dan saya doakan selamat mengenal tempat baru.

  2. Hi, nak tanya…kalau transit lama….kita dibenarkan check in hotel luar ya? Saya akan travel dgn kids…sbb tu plan nak cari hotel dan jalan2 dulu sementara tggu transit flight sbb lebih 10 jam nak tunggu. harap dapat share info ya…tq…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *