Skip to content

Travelog

Takbai VS Tumpat

Minggu lepas aku ada bawak Uncle L, pakcik aku jalan-jalan ke Tak Bai dengan adik aku. Uncle L yang asal dari Bintulu tu kata nak cari topi kulit kalis air. Dan nak explore sempadan Thailand katanya lagi. Aku dengan adik… Read More »Takbai VS Tumpat

10 Gambar Kenangan Sekitar Perkampungan Banthamtai, Laos

Ni 10 keping gambar yang paling menarik dalam pengalaman aku di perkampungan Banthamtai, Laos.

baju-budak-sekolah-laos

Nih gambar waktu pagi aku ambik. Budak-budak nak pergi sekolah. Aku pulak nak balik bandar Vientiane. Aku tangkap dengan kamera iPhone 6 lepas tu touch up sikit kat dalam app VSCO.

sawah-padi-sungai-banthamtai-laos

Dalam gambar ni tak nampak tapi kat seberang sawah bendang nun adalah kawasan perumahan kampung Banthamtai. Betul-betul tepi jalan serta berhampiran dengan bukit batu kapur nun. Kiranya, belakang rumah diorang ada sawah bendang, anak sungai dan hutan.Read More »10 Gambar Kenangan Sekitar Perkampungan Banthamtai, Laos

Pengalaman 1 Hari 2 Malam di Perkampungan Banthamtai, Laos

Terima kasih kepada sahabat aku, Muaz kerana bawak aku jalan ke kampung wife dia, Maryam kat Banthamtai. Kalau tak, ternganga lah aku travel kat ibu negara Laos seorang diri. Aku bukannya backpackers sejati macam korang yang bawak beg besar-besar siap khemah. huhu

jadual-terminal-bas

Kampung wife Muaz terletak di Banthamtai dan jauh daripada ibu negara Laos iaitu Vientiane. Untuk ke perkampungan Banthamtai, mula-mula kiteorang naik bas dari Stesen Bas Talat Sao ke Pekan Kasy mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Kos tambang bas pula 50,000 kip atau lebih kurang 25 ringgit malaysia untuk ke pekan Kasy sahaja.

perjalanan-ke-pekan-kasy

Sebab apa makan masa lama walaupun jarak perjalanan tak jauh mana? Ini disebabkan jalanraya ke pekan Kasy yang berliku-liku macam naik Genting Highland dan tak besar macam highway kat KL.Read More »Pengalaman 1 Hari 2 Malam di Perkampungan Banthamtai, Laos

Panduan Melawat Kelantan; Kota Bharu Ada Apa?

salam, sawadee krab dan hai semua. Pat lima hari lepas ada sorang awek nih tanya aku. Kelantan ada apa? Tahun depan nak datang berjalan Kota Bharu. Ha. On the spot jugak lah mentol idea aku terdetik nyala untuk buat guide melawat Kelantan nih untuk korang yang suka berjalan dan shopping.

jalan wakaf che yeh kota bharu

Best ke tak best tu atas korang punya masing-masing menilai. Aku hanya bagi info dan bagi cerita sebaik mungkin untuk korang imagine. Okay. Mungkin aku akan exaggerate sikit..Read More »Panduan Melawat Kelantan; Kota Bharu Ada Apa?