10 tempat cameron highland

Inilah saat yang paling dinanti-nantikan oleh anda yang baru sahaja berkahwin iaitu percutian berbulan madu. Suasananya haruslah aman damai supaya dapat menjadi satu kenangan abadi buat anda dan pasangan.

Cameron Highland sering dikatakan sebagai tempat yang sesuai untuk anda dating bersama pasangan dalam konteks berbulan madu.

Terdapat 10 tempat menarik di Cameron Highland sesuai untuk anda berbulan madu. Pastinya Cameron Highland mempunyai tempat romantis yang bakal melahirkan rasa cinta buat anda dan pasangan yang bakal honeymoon di sini.

Jom lihat 10 tempat menarik di Cameron Highland yang sesuai untuk anda berbulan madu.

Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia yang berada tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata Hotel Pines Century kira-kira 800 meter. Air Terjun Parit adalah tempat menarik sesuai untuk anda berbulan madu bersama pasangan. 

Selain dari bermandi-manda, anda juga boleh menikmati keindahan hutan hijau yang sangat indah dan menenangkan. Khas bagi pecinta alam semula jadi, disinilah tempat honeymoon terbaik. Terdapat juga tempat letak kereta percuma dan kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak serta tandas di sini.

Air Terjun Robinson

Air Terjun Robinson adalah satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland dan boleh dikatakan sebagai salah satu lokasi yang sesuai untuk berbulan madu. Ramai pasangan suka mengambil gambar di lokasi yang menenangkan ini.

Suasananya yang nyaman nan indah pasti membuatkan percutian honeymoon anda lebih asli dan menarik. Anda boleh melakukan aktiviti ‘jungle trackking’ bersama pasangan bagi merapatkan lagi silaturrahim dan saling mengenali.

 Taman Teh BOH di Ringlet

Satu lagi tempat menarik untuk honeymoon di Cameron Highland adalah Ladang Teh Boh di Ringlet yang merupakan ladang teh Boh yang paling besar di Cameron Highland. Pemandangan hijau permaidani ladang teh ini pasti memberi satu ketenangan yang mengusik jiwa buat anda dan pasangan.  Pemandangannya juga ibarat seperti berada di dalam filem Hindustan. 

Selain taman Teh BOH, terdapat sebuah cafe dimana anda boleh menikmati rasa teh asli yang segar serta pelbagai juadah aneka pencuci mulut seperti kek yang menjadi kombinasi terbaik untuk diminum dengan teh. Ditambah pula dengan pemandangan ladang yang cantik serta suhunya yang sememangnya amat sejuk, sesuai dengan konsep honeymoon anda.

 Ladang Strawberi YZ Agro Farm

Anda bukan sahaja dapat memetik buah strawberi, malah turut dapat menambat hati pasangan anda dengan membawanya makan aiskrim, waffle dan pelbagai lagi menu berkonsepkan strawberi.  

Terdapat kafe yang menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, mee kari atau makanan santai iaitu waffle, aiskrim dan sebagainya yang segar diperbuat daripada strawberi dari kebun. Wanita pasti sukakannya!

Tempat menarik di Cameron Highland ini juga menyajikan pemandangan indah bersama buah-buahan strawberi dan ladangnya. Selain menikmati buah strawberi, anda juga boleh mengambil gambar bersama-sama buah hati anda di sini. 

Cactus Point

Seperti namanya, destinasi ini merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar atau yang kecil di dalam pasu. Cameron Highland memang sesuai dijadikan destinasi lawatan bersama pasangan dalam tempoh honeymoon.

Terdapat juga beberapa tumbuhan pokok bunga yang tidak kurang menariknya boleh anda dapatkan. Jika anda mencari cenderahati, pokok bunga sesuai dijadikan kenangan percutian bersama yang tersayang. Untuk pengetahuan semua, masuk ke dalam kebun kaktus ini adalah percuma.

Kebun Pokok Bunga Lavender

Lavender Garden yang terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap ini dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013. Suasana taman di Cameron Highland ini sememangnya sangat cantik tambahan pula adanya barisan-barisan pokok bunga yang berwarna-warni.  

Tempat menarik di Cameron Highland ini amat sesuai dijadikan lokasi berbulan madu. Walaupun nama kebun ini ialah Lavender, tetapi terdapat juga bunga-bunga lain yang amat cantik dan menjadi port ambil gambar untuk anda dan pasangan.

Ladang Anggur Bertam

Tarikan pelancongan utama di Cameron Highland bukan sahaja pelancong dapat melihat ladang-ladang strawberi, malah ladang anggur juga turut terdapat di sini.  Ladang Anggur Bertam ini sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk honeymoon kerana ia amat unik dan menarik. 

Selain anggur, terdapat beberapa tanaman lain di sini yang menjadi tarikan pelacong seperti jagung, kacang dan sebagainya. Biasanya anggur berbuah dua kali setahun, jadi, jika kedatangan anda pada musim anggur berbuah, pasti amat menyeronokkan. Bukan selalu dapat bawa pasangan datang tempat sebegini kan!

 Ladang Orkid Dan Ros

Destinasi taman bunga di Cameron Highlands adalah destinasi utama pilihan kebanyakan pasangan yang ingin berbulan madu.  Salah satu lokasinya adalah di Orkid and Rose Garden ataupun Ladang Orkid dan Ros yang hanya terletak bersebelahan dengan Shopping Mall Cameron Square. Bayangkan perasaan pasangan anda melihat bunga yang banyak, mereka pasti suka dan gembira. Mungkin ini salah satu tempat yang menjadi kegilaan mereka untuk bergambar. Siapa tahu?

Pilihan bunga-bunga di sini memang sangat bervariasi terutamanya pelbagai koleksi bunga ros yang amat cantik.  Tak salah beli satu untuk dijadikan simbol percintaan antara anda dan pasangan dan juga mengukir memori indah di sini. 

Selain pokok bunga, terdapat juga beberapa haiwan menarik untuk tatapan anda seperti arnab, burung dan sebagainya.

 Fragrance Nursery

Bukan sahaja Taman Bunga Lavender, tetapi Fragrance Nursery juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu.  Anda boleh membeli produk-produk yang dipetik di sini baik untuk makan sendiri ataupun untuk dijadikan buah tangan kepada keluarga anda. 

Seperti juga tempat pelancongan lain di sekitar Cameron Highland, anda juga boleh merasai pengalaman memetik buah di tempat sejuk yang pasti sukar dilupakan oleh anda dan pasangan. Menarik bukan? 

 Taman Rama-Rama

Destinasi Taman Rama-rama atau Butterfly Garden ini terletak di Kea Farm, Cameron Highland. Anda akan temui taman ini dalam empat kilometer selepas melalui kawasan pekan Brinchang.  

Tempat menarik ini boleh dikatakan salah satu destinasi pelancongan di Cameron Highland yang paling lama wujud di sini sebelum adanya destinasi-destinasi lain.  Di sini, anda dan pasangan boleh bermain dengan rama-rama yang berterbangan secara bebas. Selain rama-rama, beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular turut terdapat di sini. 

Cameron Highland mempunyai banyak lagi lokasi yang sesuai untuk anda honeymoon bersama pasangan sama ada secara santai mahupun sebagai lawatan kunjungan. Suasana Cameron Highland yang sejuk, segar dan romantis ini adalah lokasi terbaik untuk anda berbulan madu. 

Selain berbulan madu, apa kata anda sambut anniversary ulang tahun perkahwinan anda di sini. Pastinya memori cinta anda akan terpahat semula. Selamat berbulan madu!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *