Salam dan hai semua. Selamat hari raya kepada korang yang masih dalam mood raya. Manakala kepada korang yang sedang merancang percutian pendek ke Pulau Perhentian. Inilah entri untuk korang.
Saya cadangkan pergilah ke Pulau Perhentian Kecil sebab bagi pengalaman saya, Pulau Perhentian Kecil lagi meriah berbanding Pulau Perhentian Besar dan ini adalah tips bajet dan pengalaman saya di Pulau Perhentian Kecil selama 3 hari 2 malam.
Perhentian Kecil ada Pasir Panjang atau Long Beach(nama glamour) iaitu permukaan pantai yang lebih menarik daripada Teluk Dalam di Perhentian Besar.
Pemandangan di Long Beach juga sangat cantik dan strategik untuk mengadakan tarikan pelancong seperti persembahan tarian api malah gerai makan bukak sampai ke tengah malam. Sebab itu jugak lah saya kira kebanyakkan pelancong dari luar negara lebih suka berjemur di Long Beach.
Hari Pertama – Tiba di Jeti
Hari tuh. Dalam bulan februari tahun lepas. Saya dan beberapa kawan walk in je datang Pulau Perhentian. Takde booking bilik pun lagi. Rilek habis. Kami tiba di jeti Perhentian Kecil lebih kurang dalam pukul 4 petang macam tu. Kemudian kiteorang berjalan pakat cari bilik yang murah-murah sambil meninjau aktiviti sekeliling yang aman damai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. huhu
Biasa lah hujung minggu akan ramai orang datang bercuti. Kiteorang bernasib baik dapat bilik kipas yang semurah 50 ringgit untuk satu malam. Maka kongsilah 25 ringgit seorang. Kira ok lah kan. Ada tempat untuk tidur. Cuma takde plug je nak charge kamera. Tapi takpa. Saya dah standby powerbank. Hah
Tak lama daripada tuh. Perut sape tah berbunyi. Kiteorang pun keluar cari tempat makan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Pemandangan Matahari Terbenam serta Tarikan di Resort Ombak
Tengok sunset ni macam tengok seni. Seolah-olah sedang cuba memahami keindahan kejadian alam semesta. #deep heh! Apa lagi. Ambik gambar lah puas-puas buat kenangan. Dah lupa pasal lapar tadi.
Dah puas ambik gambar. Matahari pun dah terbenam. Baru lah kiteorang join suasana meriah dalam Resort Ombak. Rupanya ada pancaran wayang terbuka secara percuma. Ada jadual. Setiap hari dalam pukul 7 malam diorang akan pasang movie. Patutlah ada nampak 0rang berebut meja tadi. cheh! Kiteorang pun dapat lah.
Dari awal petang tu lagi kiteorang ada usha pakej snorkeling yang menarik. Pakej dari pagi sampai petang. Tak sangka pulak malam tu kiteorang jumpa Abang Mat merangkap tour guide merangkap driver bot merangkap photographer untuk aktiviti snorkeling keesokan harinya. Peramah betul orangnya. Kiteorang dapat deal baik punya. Siap dapat offer bilik murah kat Ombak Resort. Terbaik!
Lepas bakar ubat halau nyamuk. Malam tu kiteorang tidur dengan selesa tak kena nyamuk sebab tidur dalam kelambu…aasfqwt%@#?zzz krohhh krohhh
Jumlah Belanja Hari Pertama MYR95 :
- MYR25 – bilik kipas
- MYR20 – makan minum petang dan malam
- MYR50 – tiket return bot pergi dan balik
Hari Kedua – Snorkeling Jumpa Jerung
Keesokan pagi tu. Seperti yang kiteorang deal dengan Abang Mat mewakili Ombak Resort. Pukul 10 pagi berkumpul untuk aktivti snorkeling. Pukul 9 pagi lagi kiteorang dah siap nak check in bilik kat Ombak Resort dan siap sarapan bagai. Excited lah ni nak snorkeling. Lebih-lebih semalam Abang Mat cakap snorkeling kat Shark Point. huh mana tak excited kan. Nak tengok adik beradik jaws.
Agak lewat jugak lah hari tu bot nak gerak. Tu pun sebab tunggu sepasang couple yang baru kahwin kelewatan. hmmm agaknya saya akan lewat macam tu ke dengan bini saya nanti? okay lah. bagi chance lah sikit kat diorang yang pengantin baru. kan. Maka bermula lah aktiviti snorkeling kiteorang pada jam 11 pagi. heh
Pada waktu tengahari kemudian, kiteorang singgah perkampungan nelayan untuk makan tengahari. Rehat dan kumpul tenaga untuk check point snorkeling yang seterusnya. Pulun!
Akhirnya, lebih kurang jam 4 suku petang aktiviti snorkeling kiteorang tamat. Balik bilik dengan puas hati.
Tak lama daripada tu. Ada member ajak jalan dan mandi kat pantai Long Beach pulak. Apa lagi. Jom!
Lebih kurang lepas maghrib malam tu kiteorang betul-betul rasa letih dan ngantuk. Puas hati snorkeling tengok Abang Mat bagi makan kat ikan 2 ikan jerung. Tengok ikan finding nemo. Coral cantik-cantik. Kiteorang juga bernasib baik dapat jumpa penyu. Lain kali nak datang snorkeling lagi. huhu
Jumlah Belanja Hari Kedua MYR125 :
- MYR50 – bilik aircond
- MYR40 – sarapan dan buffet pada waktu malam
- MYR35 – booking aktiviti snorkeling lebih kurang 5-7 perhentian snorkeling termasuk Shark Point dan Turtle Point
- MYR15 – CD gambar hasil kamera profesional oleh Abang Mat Ombak Resort (tak rugi sebab banyak gambar lawa)
Hari Ketiga – Tunggu Bot Balik
Hari ketiga takde apa sangat sebab ready nak balik rumah je. Sarapan awal pagi sambil menikmati angin bayu tepian pantai sementara tunggu bot untuk balik.
Jumlah Belanja Hari Ketiga MYR15 :
- MYR15 – sarapan tengah hari
Jumlah Belanja Selama 3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian Kecil = MYR235
Saya tak kata Perhentian Besar tak best. Cuma bagi saya Perhentian Besar lebih sesuai untuk family type yang bawak anak-anak ramai. Yang kena tidur awal sebab letih jaga anak. Oleh itu kebanyakkan kedai di Perhentian Besar tutup seawal jam 10 malam. Tu je.
Baik. Jumpa lagi dalam entri yang seterusnya. Kalau dalam video orang ucap ‘Thank you for watching’. Untuk entri kali ni saya nak ucap ‘Thank you for reading’. heh mohon tegur dan maafkan lah kalau ada terkurang atau tersilap eja ke apa. nanti saya betulkan. Peace.
Nota : Lain kali sebelum datang kena booking bilik dulu. Kalau tak nanti melepas bilik murah-murah. Lagi satu, Long Beach tak sesuai nak mandi sangat sebab ombak agak kuat dan banyak bot parking situ.
Salam.Blh sy dapatkan contact num Abg Mat tu? Hope blh whatsapp sy if xksh.Thanks in advance
0139242314
Ashaari
baik. sudah whatsapp. terima kasih. 🙂
hi boleh watsapp sy no abg mat..0173928739
Salam. Sye pun nk no abg mat tu bole x? ni no sye, 017-7898965. TQ 🙂
salam. sy dh whatsapp kat awk. sama2 kasih 😀
salam, boleh whatsapp saya number Abg Mat? 0133910658. TQ awak.
salam. saya dah whatsapp kat awak. welcome
Salam Fariz. Very informative blog! Saya baru rancang nak ke perhentian dengan family bulan depan. Kalau tak menyusahkan, boleh saya dapatkan contact num Abg Mat tu? ni no saya, 013-7319811. Terima kasih ya.
Salam Farhana. Wah! Pasti seronok snorkeling tengok ikan dengan family nanti! baik. saya dah whatsapp.
Assalamualaikum. Boleh saya tanya awak ambik full pakej ke or tak pergi pulau perhentian nie. Kalau tk menyusahkan boleh tak saya dptkan number awak untuk tanya lebih lanjut. Terima kasih 🙂
Wassalam. Untuk trip pulau perhentian kecil nie saya walk in. Tak ambik mana2 pakej. Ini contact number saya 017-9927319 and you are welcome 🙂
bestnya!! dh lama plan nak pegi tapi taktau bila T.T
dalam bulan 2 dan 3 ni elok pegi. orang tak ramai sangat sebab baru bukak. ???
Salam. Saya nak no abg mat tu..blh whatsapp saya 0194544651.
terima kasih
salam. have fun nanti ya. 🙂
Salam boleh whatsapp sy 0105750570 nombor abg mat tu? Terima kasih
salam. saya dah whatsapp. have fun nanti. 🙂
salam. sy pun nak pegi boleh whatsap 0123916973
salam. sy sudah whatsapp. sori lmbat respon. 🙁
salam. boleh sy dapatkan no abg mat tuh. 0134735823. Jasamu amat dihargai. hehe =)
salam. sy dah whatsapp anda. maaf ye sebab lambat respon.
Salam… murah yg amat bajet nih. nak banding dgn pakej2 yg ada, ahahahahah. teringin nak try balun je ke sana nak jimat pnya psal, tpi rsau smpai2 sana kena lagi mahal X’D
kalau stay kat perhentian kecil, senang x ntuk dpat makanan? sbb tgok beza harga2 pakej w meals & w/out meals, agak besar beza, mcm susah nak dpat mkanan gayanye..
salam. jangan balun. risau bilik penuh. baru-baru nih saya call salah satu resort. dimaklumkan hujung bulan 4 ada rombongan. fully reserved. penuh. pasal makanan jangan risau. boleh makan luar. tak mahal sangat macam kat airport atau hotel bertaraf 5 bintang. makanan di perhentian semuanya berbaloi. hehe
salam. jangan balun. risau bilik penuh. baru-baru nih saya call salah satu resort. dimaklumkan hujung bulan 4 ada rombongan. fully reserved. penuh. pasal makanan jangan risau. boleh makan luar. tak mahal sangat macam kat airport atau hotel bertaraf 5 bintang. makanan di perhentian semuanya berbaloi. hehe
sy nk contact abg mat ombak rindu blh?
boleh. maat lambat ya. ini nombor abang mat ombak rindu: 014-8121142 . kalau tak dapat contact abang mat. cuba contact resort ombak ini: 09-6911021 atau 019-2924886. sebab saya kenal abang mat daripada resort ombak. 🙂
call ombak harga bilik semalm 265 mcm mne awk dpt harga murah eh eh eh
bilik saya berkipas takde aircond. double single. dan nih adalah rate tahun 2015. mungkin ombak dah naik harga dalam tempoh 2 tahun nih. terkesan dgn ekonomi semasa agaknya..hmmm
Murahnya…ada contact no tour guide tu x?
maat lambat. tour guide yang anda maksudkan tu abang mat kan? ini nombor dia: 014-8121142. kalau tak dapat contact abang mat. cuba contact resort ombak ini: 09-6911021 atau 019-2924886 pula. have fun! 🙂
Macam mana dapat bot pergi balik 50rm je ? Biasa baca 70rm ..
selalunya bot tu tak besar mana. boleh try tanya dan compare harga bot yang ada. good luck 🙂
Salam. Hi, nak tanya. Pakej snorkeling tu nak contact siapa eh? Ke mmg ada ramai orang buat service tu?
Salam dan hi. Kebanyakan resort, hotel, chalet dan mana-mana tempat penginapan ada menyediakan pakej snorkeling. boleh compare harga kalau risau mahal. saya dapat 35 ringgit dan tambahan 15 ringgit untuk gambar kenangan. 🙂
ok noted. terima kasih
utk snorkerling cari kt sana ke?pakej2 yg ada dri syarikat kt msia ni bole tahan jgk harga
yup. lebih baik cari kat pakej snorkeling kat sana. banyak membantu orang cari makan kat sana. 🙂
bro boleh whatsapp sy num abang mat tu tk, ni num sy 0129193659
sy sudah hntar msj. 🙂
boleh ws sy no abang mat , 0189017701 tqqqq 🙂
maat lambat. ini nombor dia: 014-8121142. kalau tak dapat contact abang mat. cuba contact resort ombak ini: 09-6911021 atau 019-2924886 pula. sebab saya kenal abang mat dari resort ombak. 🙂
Salam bro boleh wssap no abg mat tu… 0172723471
salam hai. maat lambat. ini nombor dia: 014-8121142. kalau tak dapat contact abang mat. cuba contact resort ombak ini: 09-6911021 atau 019-2924886 pula sebab saya dapat contact melalui resort ombak. 🙂
Assalamualaikum,
saya nak tanya tentang tempat penginapan, Ada ke untuk 4 orang yang bawah RM130? Saya amat hargai respon abang 🙂
Terima kasih.
Waalaikumussalam hai,
saya minta maaf sangat-sangat. bulan april sibuk sangat dengan trip ho chi minh. sebab bulan puasa dah dekat kan. semua nak rushing shopping raya kat vietnam. huhuhu
boleh cuba menginap di Chalet Aur Bay yang sebelah Ombak Resort. Chalet tu RM50 satu malam. ada kipas dan toilet. Kalau taknak kipas.
sebenarnya RM130 untuk satu malam atau macam? sebab kalau hotel boleh share. contoh bilik tu RM200 nanti share RM100 seorang. macam tu ke? 🙂