Salam dan hai sekali lagi. Sorry sebab dah lama tak update blog. Sementara tunggu Pokemon Go yang entah bila nak masuk Malaysia. Maka dua tiga pat nam hari nih aku asyik main game pokemon versi yang dulu-dulu. Zaman aku sekolah dulu yang tak dapat main. heh

Okay. Cukup pasal pokemon. Kali ni aku nak share alasan untuk korang mula menabung untuk berhijrah atau menjelajah ke luar negara.

Macam-macam perasaan dan emosi yang akan korang rasa walaupun baru mula merancang untuk kenal tempat baru. Lebih-lebih lagi ke tempat yang sangat asing dengan bahasa ibunda kita nih.

Jadi, kenapa perlu travel ke luar negara?

1. Berfikiran Terbuka dengan Suasana yang Berlainan (luar zon selesa)

Selalunya perasaan tak selesa tu akan ada bila kita dah sampai destinasi. Lepas tu nak cari tempat berehat untuk tidur. Akan sampai satu tahap bila korang dah penat sangat. Korang dah tak pikir sangat pasal kemewahan. Asalkan selesa. Kipas pun kipas lah..

2. Mengenal Bangsa dan Menghormati Budaya yang lain

Dari sini lah korang perlu banyak bersabar dengan budaya yang berlainan daripada tempat asal kita. Kalau boleh, kita nak blend in dengan gaya pemakaian penduduk setempat. Supaya takdelah nampak sangat yang kita nih pelancong asing yang kaya raya. heh

3. Cari Jodoh (untuk yang bujang macam aku je lah)

Ha. Yang ni perlukan skill komunikasi yang best. Yang ringan mulut tanya orang bila sesat. Mana lah tahu dapat jodoh oversea kan. huhuhu

Apa-apa pun. Aku nak wish. Selamat jalan kepada yang sedang berjalan dan terima kasih kerana membaca entri kali ini.

Sekian. Harap maklum.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *