Ramai orang tanya dan mahukan kepastian antara Pulau Perhentian Besar atau Perhentian Kecil lagi best? yang mana lagi happening ?

Saya dah lawat kedua-dua pulau tersebut untuk membuat perbandingan antara Pulau Perhentian Besar atau Perhentian Kecil lagi best.

Bagi saya Pulau Perhentian Kecil lagi best sebab saya sukakan privacy tetapi happening pada masa yang sama. Saya juga difahamkan bahawa penginapan di Pulau Perhentian Kecil lebih murah serta aktif pada waktu malam berbanding Pulau Perhentian Besar yang mengutamakan golongan yang dah berkeluarga dimana dalam pukul 11 malam dah banyak kedai tutup dan tidur.

Pulau Perhentian Kecil lagi best daripada Pulau Perhentian Besar

Ini pendapat saya yang masih bujang ketika ini yang nak lepak tengah malam minum air dengan kawan-kawan bujang yang lain.

Di Pulau Perhentian Kecil ada satu tempat meriah dimana ramai pelancong yang lepak menikmati angin pantai pada tengah malam iaitu Long Beach. Untuk ke sana korang boleh naik bot dari Perhentian Besar. Manakala kalau dari Perhentian Kecil, korang jalan kaki je sambil redah bukit yang tak berapa nak tinggi. Lebih kurang dalam 10 minit.

Kincir Angin di Pulau Perhentian Kecil

Menariknya Pulau Perhentian Kecil ini adalah pemandangan atas bukit yang ada kincir angin. Rugi kalau tak singgah sebab disitu lah kelebihan Pulau Perhentian Kecil yang sudah tersedia untuk para pengunjung jelajahi. Selepas penat mendaki anda akan rasa sangat berpuas hati apabila dapat menikmati pemandangan matahari terbit atau pemandangan matahari terbenam kat atas tuh. Sangat sangat recommended.

Bajet Pulau Perhentian

Tak kira lah kalau korang pergi Pulau Perhentian Besar atau Perhentian Kecil untuk dapatkan bilik yang murah kenalah pilih bilik yang berkipas kalau nak murah berbanding bilik yang ber-air-cond.

Rancang dan tempah awal sebelum gerak ke Pulau Perhentian sebab selalunya pada hujung minggu akan ramai yang datang. Yang family, pelancong malah orang tempatan sekitar Terengganu dan Kelantan pun nak turun snorkerling. Maklumlah musim panas sekarang seronok snorkeling tengok kehidupan laut serta batu karang yang menarik.

Itu sahaja saya nak kongsikan disini. Nanti kalau saya pergi Pulau Perhentian lagi akan saya tuliskan dalam entri yang lainnya.

tạm biệt! (bye dalam bahasa Vietnam)

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *