Minta maaf sebab dah sebulan lebih blog nih menyepi dan takde pos baru pasal trip ke Ho Chi Minh baru-baru nih. Konon sibuk nak buat macam-macam. Konon tunggu ilham. Konon nak tulis citer best. huh

Dalam bulan April hari tuh aku, adik aku and dua orang kawan lain terbang ke Ho Chi Minh.

Sekarang aku bukan nak citer pengalaman je tapi aku juga nak share gambar aktiviti menarik di Sungai Mekong hari tu.

Fakta: Sungai Mekong adalah antara sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Tempoh perjalanan ke Sungai Mekong dari bandar Ho Chi Minh adalah 2 jam. Maka bermula lah aktiviti kiteorang sebaik saja naik bot menuju ke destinasi pertama iaitu lokasi pembuatan gula kelapa. 

1. Minum Air Kelapa – Tahap Sangat Mudah

Aku bagitahu aktiviti ni sangat mudah sebab kiteorang tak potong kelapa. Kiteorang minum je sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa atas bot yang menuju ke lokasi pembuatan gula kelapa. Entah boleh ke tak dikira minum air kelapa ni sebagai satu aktiviti yang menyenangkan. errr hentam saja lah! heh

Tapi jangan berharap sangat lah sebab mungkin ada sesetengah tour guide tu tak sediakan buah kelapa untuk korang minum. Tengok atas musim kot.

2. Lawatan Perusahaan Gula Kelapa – Tahap Sederhana Mudah

Okay. Sepanjang lawatan nih kiteorang dapat buat macam-macam aktiviti serta tambah ilmu pasal bisnes produk gula-gula kelapa nih. Sambil kenal orang kat sini. Kiteorang akan ditunjukkan proses awal hingga proses akhir pembuatan gula-gula kelapa.

Korang juga berpeluang merasa betapa authentic-nya gula kelapa yang telah siap dimasak secara percuma. Gula-gula percuma memang sedap lah! heh

3. Lawatan Kebun Madu Lebah – Tahap Sederhana Mudah

Kebun Madu Lebah nih terletak di Pulau Unicorn. Untuk itu kami naik kereta kuda lalu menyusuri pasar basah sekitar kampung. Lepas tu baru lah naik boat menuju ke Pulau Unicorn. Liku-liku nih bertujuan untuk merasai suasana kawasan setempat. Mengujakan!

Nah. Sepertimana yang korang tengok kat gambar diatas. Kami berpeluang merasa madu asli terus dari sarang lebah. Fresh dan original. Nyum nyum.

Lepas tu korang akan dihidangkan dengan secawan air madu yang dicampur dengan sesudu debunga (pollen) serta perahan limau nipis. Terbaik dari kebun.

4. Membeli Cenderamata – Tahap Sederhana Mudah Serta Mencabar Dompet Anda

Sebelah kebun madu lebah nih ada kedai cenderamata untuk korang shopping. Menariknya. Aku beli baju tradisional Vietnam nih dengan harga lebih kurang 30 ringgit. Perasan Ip Man kejap. Ada dua poket macam baju melayu. heh

5. Naik Sampan Menyusuri Tepian Sungai Mekong – Tahap Sederhana Mudah

Okay. Kali kiteorang naik sampan untuk acara terakhir yang paling gilang gemilang. Iaitu minum petang sambil tengok persembahan nyanyian tradisional orang Vietnam.

Waktu tu kiteorang dah rasa pelik pasal apa tour guide kiteorang tak ikut naik sampan sekali. Tiba-tiba dia (tour guide kiteorang) muncul sambut ketibaan kami yang gilang gemilang (sebab dapat layanan yang baik). Secara logiknya kiteorang pikir mungkin ada jalan lain sebab dia (tour guide kiteorang) dah bosan naik sampan. Mungkin.

Apa pun. Ia adalah sebuah lagi pengalaman yang mengujakan.

6. Minum Petang – Tahap Santai

Lengkap dengan makan minum, aktiviti dan tempat penginapan.

Bawa belanja untuk shopping je. huhu

Ha. Yes. Nih lah dia persembahan nyanyian tradisional orang Vietnam tuh. Unik sungguh. Korang boleh dengar nyanyian diorang kat dalam video yang aku rakam kat bawah nih. Enjoy.

Orait. Tu je kot. Nanti aku cuba update lagi pasal banyak benda aku dapat kupas untuk trip ke Ho Chi Minh hari tuh. Okay. Terima lah kasih kerana membaca. Salam dan Adios.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *