Bukan mudah ya untuk dapatkan makanan halal di Jepun. Maklumlah negara Jepun ni bukanlah negara Islam tapi janganlah takut untuk berjalan sebab takut tak dapat cari makanan halal. Agama kita ni mudah dan saya akan kongsikan anggaran bajet serta makanan halal mengikut pengalaman 9 hari saya di Jepun baru-baru ini.

Dengan itu, izinkan saya share beberapa gambar makanan Jepun dalam entri kali ini.

Jenis Mi Udon, Soba dan Ramen

Tiga jenis mi ini adalah antara hidangan mi yang tersohor di Tokyo. Namun harus diberi perhatian dan kalau boleh elakkan makan Ramen sebab sup ramen ni selalunya dimasak dengan daging babi (butaniku dalam bahasa jepun).

Manakala mi jenis udon dan soba selalunya dihidangkan bersama tempura seafood serta sayur-sayuran sepanjang pengalaman saya berada di Tokyo.

Tempura Soba Udon

Nah. Ini dia restoren atau kedai makan favourite saya di Tokyo. Sudah ada beberapa cawangan dalam Tokyo. Saya paling suka hidangan tempura disini sebab sayuran serta seafood seperti sotong dan udang gorengan tepung diorang tak kasar malah lembut tetapi ranggup kat hujung kunyahan.

Sedap sangat sampai sekarang saya masih ingat dan terliur.

Untuk makluman korang, kedai ni ada menyediakan menu dalam bahasa inggeris dan kedai ni adalah antara kedai makan yang tidak menyediakan hidangan butaniku (daging babi). Jelas orang Islam boleh makan kedai tu dan saya telah terserempak ramai orang melayu Islam makan kedai ni.

Bajet makan kedai ni dalam sekitar 750 yen hingga 970 yen (24 ringgit hingga 32 ringgit) namun bajet ni adalah taraf sederhana dan selesa. Untuk pengetahuan korang, Tokyo adalah diantara bandar terbesar serta kos sara hidup yang tinggi selepas London dan New York.

Untuk saving dan jimat saya tak makan kat kedai ni tiap hari. Saya hanya makan udon atau soba bila dah bosan makan onigiri hari-hari kat 7-11 tu. Huhu

Onigiri (Nasi Kepal)

Ini adalah makanan ruji saya sebab nasi kepal atau onigiri ni dibuat hanya dengan nasi, seaweed dengan lauk atau inti yang pelbagai. Favourite saya adalah onigiri bersalmon. Terang-terang boleh makan sebab ikan.

Paling jimat sebab setiap bungkus hanya berharga 100 yen jepun – 3 hingga 4 ringgit malaysia.

Mudah dapat kat mana-mana convenience store seperti 7-11, Family Mart, CircleK dan Lawson. Kedai macam ni banyak kat bandar serta boleh didapati di kiosk pada setiap stesen keretapi.

Kedai Makan Halal Naritaya di Asakusa

Telah diwar-warkan dalam tv bahawa kedai makan halal dalam negara Jepun semakin bertambah. Bukak intenet dan search kedai makan halal sekitar bandar dan korang akan dapat pelbagai pilihan restoren makanan jepun yang halal.

Waktu tu saya bergambar di Asakusa dan tak jauh dari situ ada satu hall besar. Ramai orang berjalan situ sebab ada macam-macam kedai termasuklah kedai makan. Kat situ jugaklah saya jumpa kedai makanan jepun halal, Naritaya melalui internet. Nah, sini saya sediakan lokasi untuk senang korang terus guna GPS cari kedai makan tu.

Tukang masak masing-masing orang Islam yang berasal dari Nepal dan Pakistan. Sekali lagi, saya terserempak ramai orang melayu Islam makan kat sini. Terpampang sijil halal dari kerajaan Malaysia kat dinding dalam kedai ni.

Ye la. Puas jugaklah makan onigiri dengan seafood serta sayur je. Nak jugak merasa makan ayam atau daging di jepun ni kan. Apalagi, saya order lah udon berlauk ayam.

Ternyata memang sungguh lazat. Terliur dah ni..hmmm Saya suka mi jenis udon sebab saya rasa lebih mengenyangkan dengan mi yang tebal dari mi yang lain tu.

Rate kedai sini lebih kurang kedai Tempura Soba Udon yang saya mention kat atas. Sekali makan udon atau udon berset memang tak larilah 15 hingga 30 ringgit kat sini.

Bajet Makan Sehari

Bergantung atas keselesaan korang. Boleh jadi 30 ringgit sahaja untuk makan sehari dan boleh jadi jugak 15 ringgit untuk belanja makan sehari. Yang penting korang jelas boleh makan makanan jepun walaupun takde logo halal pada setiap kedai makan di Jepun.

Itu sahaja. Sekian. Terima kasih. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *