Kedai Mainan di Akihabara

Memang tak sah kalau tak singgah bandar anime ini jika korang minat permainan video, anime atau koleksi figurin untuk korang miliki. Sejarah dahulu, selepas perang dunia yang kedua, bandar Akihabara ini dikenali sebagai bandar jualan barangan elektronik tapi sekarang lebih popular dengan pusat permainan video, manga, anime, aksi figura dan maid cafe.

Walaupun korang tak minat dengan semua tu korang takkan bosan berjalan kat sini sebab ada pusat membeli belah yang besar untuk korang cuci mata.

Akuarium di Sunshine City Ikebukuro

Kenyataan melawat akuarium sesuai untuk lawatan keluarga adalah tidak benar sebab orang bujang macam saya pun boleh tengok ikan kat akuarium dan sedar ada banyak ikan yang saya tak kenal. heh

Tumpuan Sensō-ji di Asakusa

Sensō-ji adalah kuil paling tua di Tokyo dan unik. Setiap tahun seramai 1.5 hingga 2 juta penduduk setempat termasuk pelancong turut serta menyaksikan festival Sanja Matsuri pada hujung musim bunga selama 4 hari.

Tapi trip yang saya pergi nih pada hujung musim luruh (peralihan musim sejuk). Maka tak sempat lah saya merasai suasan festival yang meriah itu. huhu..hu..hu..

Gundam Gergasi di Odaiba City

Gundam adalah antara siri anime yang legend sejak tahun 1979 (yer saya baru google). Sejak daripada itu, syarikat pengeluar model plastik Gundam merupakan yang terbesar berbanding model plastik karakter Jepun yang lain.

Buat peminat Gundam, disini ada kedai jual model plastik Gundam yang besar seakan shopping mall. Syookkkk

Koleksi Mainan Termahal di Nakano Broadway

Saya tak kenal sangat mainan lama Jepun nih tapi tanda harga tu melampau sangat. Satu juta yen bersamaan dengan tiga puluh tujuh ribu ringgit sahaja. Bukan setakat mainan je pelik. Harga pun pelik. Korang kenal ke mainan nih?

Onsen di Jepun

Secara tradisinya Onsen merupakan kolam air panas namun sekarang lebih kepada fasiliti bilik mandi terbuka untuk tujuan yang lebih sihat dengan penuh tatatertib. Onsen juga merupakan simbol keakraban untuk sesi pengenalan yang santai.

Bunyi macam pelik je kan. Tapi jangan risau, onsen tak campur jantina.

Senibina Istana Odawara

Ni adalah antara gambar senibina sekitar Istana Odawara yang paling menarik. Waktu nih Istana Odawara tengah repair/maintainance. Saya harap Istana Odawara nih dah siap repair untuk lawatan korang nanti. Nanti korang pulak share gambar Istana Odawara kepada saya, ya. 😀

Tokyo Cat House

Memula macam biasa je main dengan kucing nih. Takde something special. Tapi nasib baik ada awek jepun join Cat House nih kalau tak lebih baik saya gi cari kedai Gundam yang murah-murah. heh

Tokyo Skytree Tower

Tokyo Skytree Tower adalah menara serta bangunan paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa siap. Saya ambik gambar dari bawah je sebab saya malas nak naik dan saya lebih rela belanja beli mainan. 😛

Train menuju ke kawasan bukit Gora

Saya cadangkan anda melawat Hakone untuk menghayati kedinginan suasana kampung yang jauh dari bandar yang sibuk. Lebih kurang 4 jam perjalanan. Sangat recommended untuk pengalaman yang meluas.

Harap entri kali ini telah memberi sedikit sebanyak gambaran info perjalanan di Jepun untuk anda bakal jelajahi!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *