10 Gambar Pemandangan Matahari Terbenam di Pulau Perhentian Kecil dengan Kamera iPhone 5s

Salam dan hai. Hari nih aku nak share pasal gambar pemandangan matahari terbenam yang cantik dengan kamera iPhone 5s di Pulau Perhentian Kecil.

Aku tahu. Walaupun iPhone 5s bukan lah iPhone yang paling baru tapi kamera iPhone 5s masih lagi dapat menghasilkan gambar yang berkualiti.

Bagi aku. Pemandangan matahari terbit dan terbenam nih adalah moment yang indah dan rare. Walaupun sekejap. Tapi bermakna.

Untuk dapatkan gambar yang cantik kena lah makeup sikit. Supaya menyerlahkan lagi potensi gambar yang kita tangkap tu. Bukan perempuan je perlu makeup. Kadang-kadang kereta pun dah terbiasa dengan perkataan ‘makeup’ nih tau. Semuanya bergantung atas diri masing-masing dalam ingin menyampaikan mesej yang tersendiri.

Perlu berhati-hati. Kalau dah cantik tak perlu makeup sebab kalau terlebih makeup nanti akan nampak terlebih pelik pula. Contoh; warna pink tak sesuai untuk waktu senja.

10 gambar ini lah yang buat aku paling rindu dengan kenangan pemandangan matahari terbenam dengan kawan-kawan yang lain.

Sekian. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *