27 September, saya pancit separuh jalan. Termengah-mengah mendaki. Dipertengahan jalan, Aisyah bagi saya rasa air bukit yang sejuk. Erm. Sejuk. Lebih kurang Evian didalam peti sejuk 7Eleven rasanya. Heh.

Ketika mendaki dan melalui tali air ada satu saja perkara yang buat saya rimas, risau dan getir. Iaitu beg sandang saya. Didalamnya ada kamera GoPro, kamera Olympus, monopod dan beberapa kaset permainan Pokemon. Beg ini sudahlah bukan kalis air. Bawa kamera banyak-banyak pun tak guna sepenuhnya. Saya lebih pantas menggunakan kamera telefon. Malah sepanjang penggambaraan saya disini hanya menggunakan kamera telefon sahaja. Cumanya harus sediakan ‘powerbank’.

Nah. Inilah wakaf kami buat berteduh serta tempat kami keringkan peluh dengan angin dingin yang melalui lereng-lereng bukit yang sepoi-sepoi bahasa. Ah. Sungguh nyaman rasanya.

Apa lagi. Menikmatilah alam persekitaran sementara peluh kering sambil menangkap gambaran disini.

Saya pantas menolong tuai padi bersama Aisyah dan ibunya. Kononnya saya cepat belajar. Terus menuai dengan gopoh seakan sudah terbiasa seperti ibunya Aisyah. Aduh. Akibatnya saya terluka sedikit di jari kelingking saya. Makanya saya kembali berehat saja di wakaf tadi.

Waktu petang dalam jam 5 macam tuh barulah kami bergegas turun untuk pulang. Lama jugalah. Dua wayang Tom Hanks saya habis tengok. Huhuhuhu

Sedang kami berehat menonton tv. Tiba-tiba gelap. Terputus bekalan elektrik. Lebih kurang jam 7 setengah malam macam tuh. Habis satu kampung bergelap. Dalam bahasa kampung. Tiada api. Tapi tak lama pun. Tak sampai 30 minit bergelap. Mujur ada lilin dan telefon bimbit.

Tengah malam karang masuk hari yang ke dua puluh lapan untuk bulan september.

Hari ini hari ketiga dan hari keenam saya akan cuba akses internet sepenuhnya. insyaAllah

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *