Aku tak pelik sangat tengok orang bukan Islam minum arak. Lebih-lebih lagi bila diorang hidang dalam jamuan sambut tetamu. Kita sebagai pembawa agama Islam haruslah menunjukkan contoh yang baik. Supaya kita membawa imej agama Islam yang baik.

Kembara negara Laos pada tahun lepas aku disambut dengan nasi, ayam dan arak (berjenama Beer Laos). Itulah budaya kebanyakkan orang kampung. Ditemani Maryam serta Muaz. Aku tolak baik-baik. Aku makan pulut je. Dalam ketika itu Maryam, isteri kepada Muaz (sahabat aku) menjelaskan dengan bahasa Laos bahawa orang beragama Islam tidak boleh minum arak. Alhamdulillah mereka terima penjelasan ringkas itu dengan terbuka.

Tahun ini aku disambut dengan air oren. Bagi aku, ini adalah satu perkembangan yang baik. Alhamdulillah

Semoga perjalanan aku kali ini memberi kesan yang baik kepada orang ramai. Bukan sekadar keseronokan berjalan sahaja. insyaAllah

Aktiviti best dan gambar kat Vang Vieng tu citer lain. hehe

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *