salam, sawadee krab dan hai semua. Pat lima hari lepas ada sorang awek nih tanya aku. Kelantan ada apa? Tahun depan nak datang berjalan Kota Bharu. Ha. On the spot jugak lah mentol idea aku terdetik nyala untuk buat guide melawat Kelantan nih untuk korang yang suka berjalan dan shopping.
Best ke tak best tu atas korang punya masing-masing menilai. Aku hanya bagi info dan bagi cerita sebaik mungkin untuk korang imagine. Okay. Mungkin aku akan exaggerate sikit..
Aku akan ceritakan secara berperingkat. Satu persatu. Bermula dengan tempat penginapan sehingga lah tempat untuk korang shopping kain baju tudung telekung cantik yang berbaloi-baloi tu. heh
Tempat Penginapan di Kota Bharu
Terus terang aku tak sempat nak try dan review tempat-tempat penginapan dalam bandar Kota Bharu atau bandar KB nih. Untuk dapatkan harga bilik yang jimat dan murah. Aku cadangkan korang berjalan atau travel sekurang-kurangnya berdua untuk kongsi bayar bilik. Kalau harga bilik tu 100 ringgit satu malam so bahagikan dengan dua maka jadi lah 50 ringgit seorang. Jimat dan selesa.
Daripada kedai runcit sehinggalah gedung membeli belah (shopping mall) amat mudah untuk didapati berhampiran dengan lokasi tempat penginapan korang. Tak perlu risau kalau tertinggal berus gigi atau powerbank.
Kenderaan Kegunaan Awam di Kota Bharu
Okay. Ni paling penting dan paling jimat. Style backpackers gitu. Sebab naik bas lagi murah daripada teksi. Bas boleh tumpang ramai orang dan banyak tempat boleh berhenti. Manakala teksi boleh muat 4 orang je.
Bergantung atas keperluan korang jugak. Kalau waktu cuti korang singkat. Ada bajet lebih sikit. Lebih baik naik teksi. Lagi cepat daripada tunggu bas. Kang tak pasal-pasal terlepas flight balik pulak. hmmm
Makanan Kelantan yang Patut Korang Cuba
Untuk makluman korang. Kuih muih tradisi Kelantan lebih kepada manis. Yes. Lebih kepada kuih-muih. Bukan pada lauk-pauk..okay. Untuk tujuan kesihatan seperti yang disyorkan dalam tv. Kurangkan lah manis dalam minuman.
Untuk sarapan pagi, antara yang rare adalah nasi tumpang. Yang aku tahu. Kat pasar pagi sekitar Kubang Pasu ada jual. Yes. Waktu pagi sahaja. Lepas tu nasi kerabu kambing bakar boleh dapat kat mana-mana tapi tak se-authentic atau se-original orang yang tengah masak dan hidang panas-panas pada belah pagi. #nasitumpang
Manakala pada waktu tengahari sehingga lewat petang ada nasi kukus, nasi hidang dan malah masakan Thailand seperti Tom Yam dan Som Tam. #takpedastaksedap
Shopping Kain Baju di Bazar Tok Guru, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor
Boleh kata Bazar Tok Guru ni adalah salah satu tempat yang best untuk shopping kain baju tudung telekung yang ada bermacam-macam jenis. Jubah pun ada. Nak jalan-jalan cuci mata pun takpa. Selalunya ramai student datang makan kat food court tingkat paling atas tu. Lagipun, kampus diorang seberang jalan je.
Manakala Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor masing-masing merupakan kawasan bebas cukai. Juga merupakan sempadan antara Kelantan dan Thailand. Korang juga boleh jalan-jalan tengok senibina masjid yang unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam selepas puas borong jersey di Rantau Panjang.
Untuk berjalan ke sempadan Thailand. Korang boleh naik bas. Dari KB ke Rantau Panjang ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Kalau nak yang ada jenama mahal-mahal. Chill dan layan aircond. Korang singgah lah Aeon Mall yang baru buka hujung bulan April arituh. Aku pernah pergi Aeon Mall kat Melaka. Kalau nak dibandingkan. Aeon Mall di Kota Bharu lagi besar. Siyes tak tipu.
Keseluruhan Kos Berjalan di Kota Bharu
Kota Bharu adalah bandar yang santai dengan mengikut gaya hidup yang sederhana, korang boleh belanja serendah 40 ringgit hingga 80 ringgit untuk berjalan satu hari. Macam-macam tempat korang boleh pergi. Pantai, gunung, muzium, sempadan Thailand, stadium, monumen bersejarah dan lain-lain.
Kos Sekali makan termasuk air lebih kurang 8 ringgit. Bergantung atas lauk. Banyak lauk maka banyak lah kena letak harga. Kalau satu hari makan dua kali jadi 16 ringgit lah lebih kurang. Waktu malam lepak minum air biar genap jadi 20 ringgit untuk belanja makan selama satu hari satu malam. heh