26 September, sekarang di kampung Aisyah tiada orang Islam melainkan saya dan Aisyah. Amat susah untuk dapatkan daging halal disini. Boleh je makan sayur dan makanan laut yang lain. Jika terasa ingin makan daging. Hanya daging ayam sahaja yang mudah bagi saya dapatkan atau murah di pasar atau ternakan yang tersedia untuk hidangan sepanjangan penginapan saya disini.

Sebelumnya pada awal pagi dalam jam 8 saya dibawa ke balai polis untuk rekod saya menginap di kampung Aisyah ini.

Tidak jauh dari pekan Kasy, saya sudah dapat akses internet. Cuma saya sempat naikkan sekeping gambar di Instagram sahaja. (pada hari keempat saya dapat simkad Lao Telecom yang punyai rangkaian 3G dan 4G berbanding simkad BeeLine yang punyai rangkaian E)

Kemudian dibelikan sebuah motorsikal kegunaan keluarga Aisyah serta kegunaan saya ke pekan Kasy untuk dapatkan talian internet.

Pada sebelah malam pula diadakan upacara merahmati motorsikal ini. Selepas itu, saya dimaklumkan motor ini 3 hari dalam pantang tak boleh dihidupkan. (namun hari keempat saya hidupkan untuk ke Kasy) huhuhu

Nampaknya, hari keenam lah saya ke pekan Kasy untuk akses internet. Huhuhu…

Yep. Gitulah seluruhan hari kedua saya. Esok nak pergi tangkap gambar kawasan padi. Mungkin akan mendaki bukit sedikit.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *