Bagi saya Vang Vieng adalah salah satu destinasi menarik dalam negara Laos. Vang Vieng juga merupakan sebuah bandar pelancongan yang membangun didalam daerah Vientiane. Dari ibu kota Vientiane ke Vang Vieng mengambil masa selama 4 jam perjalanan dengan bas. Adeh!

Dari tempat penginapan saya ke Blue Lagoon pula memakan masa selama 15 minit perjalanan (lebih kurang) dengan menaiki tuk tuk. Korang boleh sewa motorsikal untuk feeling adventure tapi kena pakai penutup muka sebab jalannya bertanah merah. Debu teruk habaq hang.

Untuk masuk Blue Lagoon kena bayar 10,000 kip lao atau lebih kurang 5 ringgit malaysia untuk satu orang. Mungkin untuk kos kebersihan lagun itu. Sebab airnya sungguh bersih, biru dan sejuk! Memang berbaloilah. Perghh!

Jangan risau kalau korang terlupa bawa baju mandi dan makanan. Kerana dalam kawasan Blue Lagoon tuh ada banyak gerai dan pondok berehat. Sungguh santai dan menyeronokkan.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *