Minggu lepas aku ada bawak Uncle L, pakcik aku jalan-jalan ke Tak Bai dengan adik aku. Uncle L yang asal dari Bintulu tu kata nak cari topi kulit kalis air. Dan nak explore sempadan Thailand katanya lagi.
Aku dengan adik aku dedua belum pernah ke Tak Bai. Ntah. Baca dalam internet gitu-gitu je. Konon explore sendiri tempat kiteorang belum jejak. Kami bertiga waktu itu menaruh harapan yang agak tinggi untuk trip ke Tak Bai nih. Ye la. Gambar dalam internet semua lawa.
Waktu tu kami dimaklumkan bahawa feri untuk bawa masuk kenderaan telah rosak. Maka tak dapat lah kiteorang nak pusing bandar pekan Tak Bai dengan kereta. Jalan kaki je lah. Tak terpikir nak naik motor pergi jauh-jauh.
Tak sampai satu jam kami pusing berjalan, tangkap gambar, termenung dan sebagainya. Kami ambil keputusan untuk balik. Kedai barang kulit pun tak jumpa. Tu la. Siapa suruh menaruh harapan yang tinggi. Kiteorang baru tahu Tak Bai ni lebih kepada pasar basah.
Untuk mengubat hati yang beremosi ini. Kiteorang buat keputusan untuk singgah tangkap gambar kuil Sitting Buddha dan kuil Sleeping Buddha.
…dan begitulah. Tumpat is the most fruitful trip berbanding Tak Bai kata Uncle L. Heh
Lain kali kalau datang lagi (KALAU), nak bawak masuk kereta. Boleh explore jauh lagi.