10 Gambar Kenangan Sekitar Perkampungan Banthamtai, Laos

Ni 10 keping gambar yang paling menarik dalam pengalaman aku di perkampungan Banthamtai, Laos.

baju-budak-sekolah-laos

Nih gambar waktu pagi aku ambik. Budak-budak nak pergi sekolah. Aku pulak nak balik bandar Vientiane. Aku tangkap dengan kamera iPhone 6 lepas tu touch up sikit kat dalam app VSCO.

sawah-padi-sungai-banthamtai-laos

Dalam gambar ni tak nampak tapi kat seberang sawah bendang nun adalah kawasan perumahan kampung Banthamtai. Betul-betul tepi jalan serta berhampiran dengan bukit batu kapur nun. Kiranya, belakang rumah diorang ada sawah bendang, anak sungai dan hutan.

gopro-laos-sungai-banthamtai

Seronok sebab dapat main air sungai yang sejuk gila walaupun waktu tu dalam lewat tengah hari (lebih kurang dalam pukul 3-4 petang macam tu). Nasib baik aku bawak kamera GoPro.

bukit-batu-kapur

Bukit batu kapur belakang rumah je bro.

pemandangan-kampung-banthamtai-laos

Sedikit sebanyak gambaran suasana sekeliling perkampungan Banthamtai, Laos.

jagung-banthamtai-laos-kamera-iphone

padi-laos-banthamtai-gopro

Dalam perjalanan nak masuk hutan cari rebung untuk makan.

budak-kampung-banthamtai-laos

Waktu nih lah aku rasa sangat retis sebab diorang pandang aku macam nampak pelakon drama televisyen. hahahahahahambar..k..sebenarnya aku kagum jugak lah dengan pandangan diorang. Sebab tu aku yang tangkap gambar diorang nih. heh

suasana-pasar-pagi-di-pekan-kasy

Keadaan sekitar pasar pagi di pekan Kasy. Dari Banthamtai ke Kasy mengambil masa 15 minit dengan motor. Kasy maju sikit daripada Banthamtai maka line internet pun laju sikit lah. hmmm

kampung-banthamtai-laos

Secara keseluruhannya, korang boleh nampak kawasan perkampungan Banthamtai ni dalam kawasan bukit dan gunung. Sungguh pengalaman yang penuh cabaran dan seronok dapat kenalan baru. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *