edf

25 September, Tiba saya di kampung Aisyah. Saya sambil habiskan satu tin air kopi sambil saya cuba berkomunikasi sedikit dalam bahasa Thai dan Lao dengan kanak-kanak yang datang bertandang tak diundang dalam keraguan.

Biasalah sesi pengenalan. Masih segan dan malu untuk bergambar.

Saya difahamkan bahawa bahasa kampung Aisyah tidak sama dengan bahasa baku Lao. Oleh itu, bahasa Khmu lebih praktikal apabila berada di kampung Aisyah yang jauh dari bandar ini.

Antara perkataan yang kami kongsi bersama:

  • Iyar =  ayam (bahasa khmu)
  • War = panas (bahasa khmu)
  • Ngar = sejuk (bahasa khmu)
  • Pasa = bahasa
  • Angkit = inggeris
  • Kemul = duit (bahasa khmu)
  • Sar = gila (bahasa khmu)
  • ih = tidur (bahasa khmu)
  • Ti = kedekut (bahasa khmu)
  • Om = air (bahasa khmu)

Terima kasih buat kanak-kanak yang sentiasa curiga dan dahagakan ilmu baru (yang menarik bagi mereka) ini.

Saya sudah ingat nama adik-beradik Aisyah. Jadi, saya juga mahu cuba ingat nama budak-budak peramah ini.

Sifasai, Sipai, Suni, Winni, Bounmi, Tukta, Mui dan …

Entri ini akan dipos apabila saya ke pekan Kasy. Mungkin hari ketujuh atau hari kelapan atas faktor kecederaan saya akibat jatuh motor.

Sup ikan serta serunding ayam dijamu dengan rebung. Kemudian makan bersama nasi yang dikepal. kerana nasi disini seakan pulut. Inilah hidangan malam pertama disini.

Sesudah santapan. Saya keluarkan salinan buku warna serta beberapa kotak pensil warna untuk diagihkan kepada adik-beradik Aisyah. Lalu saya mengadakan pertandingan mewarna. Hadiahnya adalah buku mewarna asal yang ada kulit berwarna itu.

Okay. Cukup satu halaman dulu untuk malam ini. Sambung esok hari pula.

Ya. Saya masih lagi dalam kenyataan tiada akses internet.

Esok pagi saya dimaklumkan akan ke balai polis untuk rekod saya berada di kampung Aisyah ini. Mungkin akan sempat update sekeping gambar didalam Instagram. Huhu

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *