Terima kasih kepada sahabat aku, Muaz kerana bawak aku jalan ke kampung wife dia, Maryam kat Banthamtai. Kalau tak, ternganga lah aku travel kat ibu negara Laos seorang diri. Aku bukannya backpackers sejati macam korang yang bawak beg besar-besar siap khemah. huhu

Kampung wife Muaz terletak di Banthamtai dan jauh daripada ibu negara Laos iaitu Vientiane. Untuk ke perkampungan Banthamtai, mula-mula kiteorang naik bas dari Stesen Bas Talat Sao ke Pekan Kasy mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Kos tambang bas pula 50,000 kip atau lebih kurang 25 ringgit malaysia untuk ke pekan Kasy sahaja.

Sebab apa makan masa lama walaupun jarak perjalanan tak jauh mana? Ini disebabkan jalanraya ke pekan Kasy yang berliku-liku macam naik Genting Highland dan tak besar macam highway kat KL.

Kiteorang gerak dalam pukul 4 petang macam tu dan sampai ke pekan Kasy dalam pukul 8 malam. Nak ke kampung Banthamtai pulak kena naik motor lebih kurang 15 minit. Walaupun first time aku datang jalan sini, hanya tuhan saja yang tahu betapa aku cuba chill dan tenangkan diri dengan keadaan yang tidak fasih dalam bahasa Lao. huhu

Majlis Orang Kampung Banthamtai Sambut Tetamu

Aku rasa agak janggal sikit sebab ramai orang kampung berkumpul semata-mata nak sambut kedatangan aku ke kampung diorang. Nasib ada Maryam yang terjemahkan sikit-sikit ke dalam bahasa Malaysia.

Rupanya ikatan tali kat tangan aku ni merupakan tanda orang sini menyambut dan mendoakan yang baik-baik kat aku. Lepas tu jamuan makan dan minum dimulakan. Kebanyakan orang kampung sini bukanlah beragama Islam dan diorang okay je kalau tak makan dan minum sekali dengan diorang. Sekali lagi mujur ada Maryam dan beberapa kawan dia yang cun tolong terangkan baik-baik kat orang kampung nih.

Gitu lah pengalaman malam pertama aku di kampung Banthamtai, Laos. Aku tidur awal malam tu sebab penat naik bas. fuhhh

Pasar Pekan Kasy, Cari Rebung dalam Hutan dan Mandi Sungai

Keesokan harinya aku tanya Muaz. Apa plan hari nih? Dia cadang. Jom pergi pasar kat Kasy cari makanan nak masak sikit. Lepas tu cari rebung dan mandi sungai. Bunyi macam syok sebab memang syok pun! heh

Aku naik motor dengan Muaz. Maryam naik dengan kawan dia. Sama-sama pergi ke pekan Kasy nak cari ayam untuk sembelih cara Islam dan makan. Ini pengalaman yang pertama bagi aku untuk sembelih ayam. Serius rasa awesome. Rasa manly pun ade. LOL

Selesai cabut bulu ayam, aku tinggalkan ayam tu kat keluarga yang tumpangkan aku tidur semalam. Lalu bersiap tukar pakaian masuk hutan serta untuk mandi sungai nanti. Nih pakaian Muaz. Betul-betul nampak macam orang sini. Skill blend in success! /twothumbsup #ootd xD

Ni lah rupa rebung. First time jugak lah bagi aku cari rebung dalam hutan. Orang sini makan rebung macam makan snek. Tahan lama. Malangnya aku tak sempat merasa.

Mandi sungai yang super sejuk. Deras jugak air sungai nih. Nasib baik aku bawak gopro. huhu

Walaupun bukan aku yang tebang rebung tadi tapi letihnya yang amat. Padahal baru pukul 4:30 petang. Ada jugak nampak orang main sepak takraw.

Malam tu aku dihidangkan dengan sup ayam makan dengan pulut. Lepas tu takde aktiviti sangat. Cuma berjalan ke rumah family Maryam. Sambil lepak dengan Muaz sambil transfer gambar masuk dalam phone.

Hari Kedua Gerak ke Vientiane

Orang sini susah sikit nak tunjuk emosi. Walaupun suka tapi muka diorang selamba je. Macam-macam cara aku buat untuk tangkap gambar diorang gelak.

Sepatutnya kiteorang kejar bas awal pagi tu. Tapi nak dijadikan pengalaman. Kiteorang tertinggal bas. Lewat setengah jam. Terpaksa lah kiteorang naik tuk-tuk(kat sini panggil tuk-tuk) selama 5 jam. Harga sama macam naik bas iaitu 50,000 laotian kip atau lebih kurang 25 ringgit malaysia.

Tuk-tuk pom! Tayar pecah. Tukar tut-tuk lain. hmmm sabo je lah. Lain kali kena standby awal untuk naik bas. Kalau tak…berhuhuhu lah sampai ke bandar Vientiane.

Maka sampai lah kiteorang di ibu negara Laos iaitu Vientiane. Kiteorang menginap satu malam kat sini sebab flight balik Malaysia dalam pukul 9:30 pagi.

Antara sebab aku suka jalan dalam negara asia adalah matawang negara asia tak mahal macam matawang negara eropah. Kerana tujuan asalnya adalah untuk mengenal tempat dan budaya orang, bukannya nak berbelanja mewah sangat pun.

Orait. Nanti aku share dan tambah gambar-gambar cantik kat Laos dalam pos yang seterusnya.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *