Disini saya nak kongsikan carta/ranking 5 negara asia bajet rendah untuk travel atau bercuti.

Kenapa negara asia?

Kerana kebanyakkan matawang negara asia lebih murah berbanding matawang negara barat.

Contoh paling dekat. Di Indonesia dan Thailand boleh je bajet 30 ringgit untuk makan nasi satu hari. Pagi sampai malam. 3 kali makan nasi. Breakfast, lunch and dinner. Gitu.

Kalau di Amerika, 30 ringgit kita bernilai 7 dollar je. Hmmm..Tak tahu cukup ke tak. Saya belum sampai sana lagi. Kalau dah sampai nanti saya share.

Jadi, entri perkongsian travel bajet rendah di 5 negara asia ini adalah mengikut pengalaman saya yang pernah saya kunjungi.

Ada negara asia yang mahal dan murah. Oleh itu saya senaraikan dari termahal sehingga termurah.

Jepun – Ranking #5

Pasti ramai yang setuju dengan kedudukan ini. Lebih-lebih lagi apabila berada di Tokyo, ibu negara Jepun yang dikelilingi dengan bangunan yang tinggi-tinggi.

Bajet makan paling murah ialah Onigiri di 7-Eleven. 100 yen atau 4 ringgit sebijik. Jadi lebih kurang 7 ringgit untuk sekali makan (termasuk minuman).

Boleh rujuk entri BELANJA MAKAN DI JEPUN ini untuk bajet makan yang lebih detail.

Kos belanja yang lain adalah kos pengangkutan. Saya suka dan selesa sangat naik train di Tokyo. Walaupun nampak macam kecil duit syiling 100 yen. Tapi 100 yen itu bernilai 4 ringgit tau.

Kalau ada sepuluh keping. Bermakna ada 40 ringgit dalam poket kita. Banyak juga tu.

Laos – Ranking #4

Walaupun ibu negara Laos, Vientiane tidak semaju Bangkok. Tapi peratus penganut agama Islam disini sangat rendah. Tak sampai 1% pun.

Sebab itu negara asal isteri saya ini berada di kedudukan nombor 4. Susah nak cari makanan halal yang murah-murah.

Mohon baca entri Laos Hari Pertama Tiada Internet sehingga Travelog Laos – Pengalaman Hari Kelapan. Sebuah pengalaman sebelas hari berada di kampung mertua yang bukan beragama Islam. Sebuah pengalaman yang menarik bagi saya. 🙂

Menu paling bajet saya dan Aisyah pernah dapat adalah 6000 kip untuk dua bungkus pulut dan 17000 kip untuk seekor ikan bakar (bergantung atas berat dan ikan). Jadi, lebih kurang 12 ringgit untuk dua orang makan. Okay lah tu. Kan. Boleh je survive kat Laos nih.

Thailand – Ranking #3

Dulu bajet 300 ringgit sudah cukup untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan di Hat Yai, Koh Lipe atau Krabi. Itu dulu.

Sekarang kos tuk tuk dan sewa motor ada naik sikit. Deposit hotel pun terasa mahal. Nak bagi tip pun terasa tak berbaloi. Adoi.

Ini semua sebab matawang ringgit menjadi murah sejak tahun 2013 lagi. Walaupun tahun 2017 ada peningkatan. Tapi ambil masa untuk perubahan itu.

Apa-apa pun. Negara Thailand masih seronok untuk dilawati. Nak dapatkan makanan halal dan murah di negara Thailand adalah sangat senang dan masih lagi dikira murah berbanding negara Laos dan Jepun.

Nota:

Apabila melancong ke luar negara. Bajet makan dan bajet penginapan adalah sangat penting berbanding bajet shopping dan bajet kaya. Bukan apa. Elak daripada kena pau. Hehehe

Vietnam – Ranking #2

200 ringgit bersamaan 1 juta dong. Manakala 1 juta rupiah bersamaan 300 ringgit.

Matawang Vietnam lebih murah berbanding baht dan rupiah. Sebab itu saya letakkan Vietnam di kedudukan nombor dua untuk negara yang termurah untuk dikunjungi.

Tapi penganut agama Islam di Vietnam tak ramai. Pasti korang fikir susah dan mahal untuk dapatkan makanan halal. Kan?

Murah kat mana?

Tuan-tuan dan puan-puan. Di Ho Chi Minh ada Malay Town. Disini ramai peniaga Vietnam yang mampu berbahasa Malaysia. Boleh jumpa kedai makan halal yang murah-murah. Namun tidak semurah negara Indonesia.

Ho Chi Minh juga agak popular untuk borong kain tudung yang murah-murah. Kalau tak percaya. Tanya Nelofa.

Jika korang berminat. Boleh lihat entri PAKEJ PERCUTIAN KE HO CHI MINH ini. Berbaloi-baloi untuk travel dan shopping. Huhuhu

Indonesia – Ranking #1

Senang bagi saya untuk meletakkan Indonesia di tempat pertama dalam negara Asia yang paling senang untuk dikunjungi dengan bajet yang rendah. Malah Indonesia adalah antara negara yang paling kerap saya kunjungi. Kalimantan, Medan, Bali, Jakarta dan Bandung.

Bukan sahaja mempunyai penganut agama Islam paling ramai di antara negara Asia yang pernah saya lawati. Malah bahasanya menjadikan saya lebih senang untuk berkomunikasi dengan orang Indonesia. Kita serumpun gitu.

Matawang rupiah juga lumayan. Untuk percutian yang santai ditepi pantai. Saya syorkan entri 5 TIPS BAJET BERCUTI ke BALI ini.

Begitulah serba sedikit pengalaman saya ke 5 buah negara Asia termurah ini. Mohon teguran kalau ada tersilap info.

Korang pula macam mana?

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *