Rindu betul saya kat negara Jepun. Takleh move on sampai sekarang dan saya masih minat makan onigiri, sushi serta wasabi yang pedas tu. Makin jelas ingatan saya akan suasana sekitar Ueno yang bising dengan laluan kereta api yang serta bunyi lampu isyarat ketika melintas jalan. Gembira saya dapat peluang simpan gambar kenangan perjalanan saya dengan kawan-kawan di Jepun. 😀

Untuk korang yang akan jejak langkah ke Jepun buat kali pertama, kedua, ketiga dan sebagainya. Suka saya kongsikan sedikit pengalaman saya serta info ringkas untuk persediaan korang ke negara matahari terbit itu.

1- Kadar Pertukaran Mata Wang Yen/Ringgit

Seperti yang korang tersedia maklum. Mata wang ringgit Malaysia sekarang lemah dan murah berbanding mata wan yen Jepun. Maka dengan kadar kasarnya 100 yen adalah bersamaan 4 ringgit. Saya hanya sempat simpan duit syiling yen sahaja. Duit kertas yen semua dah tukar. huhu 😉😉

Standard duit syiling 100 yen nih digunakan untuk tiket train serta vending machine kat sana. Manakala duit kertas 1000 yen bersamaan 40 ringgit💴

Anggaran kasar untuk panduan perbelanjaan korang disana:

  • 100 yen = 4 ringgit
  • 500 yen = 20 ringgit
  • 1000 yen = 40 ringgit
  • 5000 yen = 200 ringgit
  • 10,000 yen = 400 ringgit

2- Belanja Makan di Jepun 🍙🍱🍣🍜

Untuk belanja makanan di Jepun saya pecahkan kepada dua bahagian. Kos makanan segara dan kos masakan panas. Kos makanan segera adalah lebih murah berbanding kos masakan panas. 👌👌

Carilah mana-mana 7-Eleven atau Family Mart di Jepun. Onigiri ? berinti ikan salmon lah kegemaran saya sepanjang kunjungan saya disana. Nasi kepal tuh tersedia dengan pelbagai pilihan inti seperti salmon, tuna, ayam, daging dan sebagainya. Harganya pula dalam 100 yen hingga 140 yen (sekitar 4 ringgit hingga 6 ringgit).

Boleh beli banyak-banyak untuk bekal berjalan bandar Akihabara buat peminat anime dan video game. Kompem rambang mata. Okay itu dalam entri yang seterusnya. 😉😉

Kalau dah bosan tiap hari makan onigiri. Korang boleh cari kedai makan halal sekitar Naritaya Asakusa, Tokyo. Nah. Ini adalah udon ayam dengan telur. Harga lebih kurang 700 yen hingga 800 yen(sekitar 27 ringgit hingga 31 ringgit). Slurrrpp! Berbaloi-baloi. 👍👍👍

Korang juga boleh cuba set mewah tempura udon/soba di mana-mana cawangan Tendon Soba Udon seluruh Jepun. Satu set tempura udon/soba berharga 900 yen hingga 1100 yen (sekitar 35 ringgit hingga 45 ringgit). Nah. Saya sendiri terliur tengok set tempura soba ini. 😍😍😍👍👍👍

Note: Mee soba lebih halus berbanding mee udon yang tebal.

3- Mesin Layan Diri

Serius saya banyak jumpa mesin layan diri kat jepun. Punyalah canggih dalam bab menyediakan kemudahan kepada semua orang. Macam-macam jenis vending machine ada. Ada yang jual air (biasa dah jumpa) kopi panas, jual komik, mee, ais krim, bateri, mainan, anak patung, telefon bimbit dan macam-macam lagi(kebanyakkannya jual air). Jalan sikit je jumpa.

Jadi, korang  tak perlu susah hati untuk berasa dahaga dalam ketika bersiar-siar dalam bandar. Korang hanya perlu sediakan duit syiling yen sahaja.

4- ‘Butaniku’ bermaksud Babi 🐖

Walaupun Tokyo merupakan salah satu bandar terbesar di dunia namun ramai orang jepun tidak fasih dalam berbahasa english. Kenalilah beberapa perkataan jepun supaya korang tahu apa yang korang beli. Malah rakyat jepun sendiri akan rasa kagum dengan pelancong yang tahu bahasa jepun. 👍👍👍

Nah ini beberapa ayat jepun yang berguna:

  • Terima kasih : “Arigatou”
  • Hello : “Kon’nichiwa”
  • Selamat pagi: “Ohayō”
  • Maafkan saya/Excuse me : “Sumimasen”
  • Saya tak faham : “Wakarimasen”
  • Maaf, saya tak makan daging babi : “Sumimasen, watashi wa butaniku o tabemasen”
  • Ya/Yes : “Hai”
  • Sedap : “Oishī”
  • Kacak : “Kakkoii” 
  • Comel : “Kawaii”
  • Selamat tinggal : “Sayonara”

..dan selebihnya korang boleh cuba dengan bahasa isyarat seperti nombor, mahu ambil gambar, makan dan sebagainya. Harap apa yang saya sudah kongsikan ini bermanfaat buat semua dan selamat menerokai negara jepun! 👍

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *