Ingat lagi tak tahun lepas saya ada travel dengan kawan-kawan dan ada pakej percutian ke Ho Chi Minh yang ditemani oleh Lee Min Ho Vietnam yang sangat fasih berbahasa melayu itu?

Tahun lepas? Dah lama tu. Saya pun tak berapa ingat. Tapi nasib baik saya ada simpan gambar untuk imbas semula kenangan kami adik beradik dan kawan-kawan.

Untuk makluman korang, setelah setahun Patah Amin Vietnam (juga dikenali sebagai Zone) ada menawarkan kepada saya pakej menarik dan macam-macam lagi.

Mari kita tengok sama-sama aktiviti dalam pakej percutian ke Ho Chi Minh untuk 3 hari 2 malam ini.

Pakej ke Ho Chi Minh 3 hari 2 malam

  • RM 550 seorang (2-4 orang)
  • RM 500 seorang (5-8 orang)
  • RM 450 seorang (9-14 orang)

Pakej Termasuk:

  1. Penginapan (hotel berdekatan Ben Thanh Market)
  2. Makan 3 Kali Sehari (restoran halal)
  3. Pergi Sungai Mekong
  4. Pusing bandar Ho Chi Minh termasuk:
  • shopping dekat tempat buat baju kurung,
  • shopping tudung Nelofa (harga borong)
  • pergi kilang kasut & beg
  • lawatan muzium perang
  • pejabat pos lama
  • hard rock cafe Ho Chi Minh.

Menarik kan. Korang juga boleh cuba rasa madu asli yang terbaik dari sarang lebah.

Yup. Saya dan Zone masih berhubung sampai sekarang. Dia senang buat kawan. Omputih cakap. Friendly. hehe

Dia juga sangat peramah dan tak lokek untuk kongsi pengalaman hidup disana. Oh ya. Dia kenal Nelofa. 😛

Akan datang saya akan bawa Aisyah pergi jalan sana pula. Dan kalau korang nak. Saya boleh hantar korang dengan pakej Ho Chi Minh yang menarik ini.

Pertukaran mata wang di Vietnam sangat lumayan.

1 juta dong Vietnam bersamaan (lebih kurang) 182 ringgit Malaysia.

Jadi, kita boleh jadi jutawan kat sana. Jadi tak hairan bila pegang duit juta-juta dong kat sana. Tapi..tapi korang harus juga berhati-hati agar tidak mudah terpukau dengan pakaian yang cantik-cantik tapi murah-murah kat sana.

Boleh tengok video yang saya buat untuk trip ke Ho Chi Minh ini.

Aktiviti Hari Pertama

  1. Sampai Vietnam airport ada van jemput terus pergi hotel untuk check-in.
  2. Selesai check-in akan tuju ke tempat buat baju kurung, tudung Nelofa (harga borong)
  3. Pergi kilang kasut dan beg

Aktiviti Hari Kedua

  1. Sarapan di hotel
  2. Jam 7.30 pagi bergerak ke sungai Mekong kerana perjalanan mengambil masa selama 2 jam

Aktiviti di Sungai Mekong:

  1. Naik bot besar pusing pulau
  2. Naik kuda
  3. Naik sampan
  4. Tengok tempat buat gula-gula kelapa
  5. Shopping madu
  6. Makan di restoran halal dan solat
    – jam 3.30 petang balik Ho Chi Minh
    – Sampai Ho Chi Minh makan di restoran halal
    – balik hotel mandi dan solat
    – malam shopping di pasar malam

Aktiviti Hari Ketiga

  1. Shopping di pasar Ben Thanh
  2. Check-out hotel dan hantar pergi airport

Nah.

Tiba di Ho Chi Minh terus tuju tempat shopping. Jangan lupa untuk sediakan duit lebih untuk shopping. Kalau datang nak bersiar-siar dan kenal tempat sahaja pun boleh.

Begitulah sedikit sebanyak aktiviti pakej 3 hari 2 malam di Ho Chi Minh, Vietnam.

Walaupun jadual aktiviti percutian ke Ho Chi Minh ini nampak macam padat. Tapi macam tu lah baru puas hati berjalan dan ber-shopping. kan kan..

Berbaloi pakej 3 hari 2 malam ke Ho Chi Minh. Macam-macam gambar kenangan dapat simpan nanti.

Penutup

Share dan pakat pergi ramai-ramai dengan adik, sepupu, nenek, ipar, biras dan kawan-kawan lain untuk jimat lebih 100 ringgit!

Kalau korang berminat. Boleh hubungi saya di Facebook ini dan nombor Whatsapp ini.

Facebook Fariz: facebook.com/blogfarizizhan

Whatsapp Fariz: +6017 9927 319

Cakap je korang dapat tahu dari blog Fariz Izhan. Ya. 😉

Sekian dan terima kasih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

14 Comments

    1. sorry lambat reply. saya bz. 🙁 ada beberapa nama yg popular seperti kedai hajah basiroh dan kedai Osman. dekat dengan hotel pula tu. 🙂

  1. salam,ade sediakan untuk ground package sahaja untuk 3hr 2mlm d ho chi minh? brapa kos untuk 2 org… terima kasih

    1. salam hi,

      Ho Chi Min untuk 3 hari 2 malam

      RM580 seorang (2-3 orang)
      RM480 seorang (4-5 orang)
      RM430 seorang (6 orang ke atas)

      Pakej 3 hari 2 malam anda dapat:

      1) Penginapan (hotel berdekatan Ben Thanh Market
      2) Makan 3 kali sehari (restoran halal)
      3) Tour Sungai Mekong
      4) Pusing bandar Ho Chi Minh termasuk shopping dekat tempat buat baju kurung, tudung nelofa, pergi kilang kasut & beg, melawat muzium perang, pejabat pos lama dan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh.

      Hubungi kami jika berminat. 🙂

  2. slm nak tanya pakej 4d3n utk 3 org brapa ya.n tour guid dia fasih bahasa melayu ka sal ada sorg mcik tak faham bi

    1. salam. sorry lambat balas. saya busy. kemasukkan bulan ogos ramai sangat. tour guide fasih berbahasa melayu. 🙂

      Ho Chi Min 4 hari 3 malam

      RM670 seorang (2-3 orang)
      RM630 seorang (4-5 orang)
      RM580 seorang (6 orang ke atas)

      bayi bawah 3 tahun adalah percuma manakala kanak-kanak bawah 8 tahun adalah separuh harga.

      Pakej 4 hari 3 malam anda dapat:

      1) Penginapan (hotel berdekatan Ben Thanh Market)
      2) Makan 3 kali sehari (restoran halal)
      3) Tour Sungai Mekong
      4) Tour Chu Chi Tunnel
      5) Pusing bandar Ho Chi Minh termasuk shopping dekat tempat buat baju kurung, tudung nelofa, pergi kilang kasut & beg, melawat muzium perang, pejabat pos lama dan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh.

      Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut dan membuat tempahan. terima kasih 🙂

      1. bos.. tlg bagi dengan lebih detail lagi berkenaan lawatan 4D3N. kalau boleh internerinya sekali. Saya satu keluarga 7 orang.

        1. Ho Chi Min 4 hari 3 malam

          RM670 seorang (2-3 orang)
          RM630 seorang (4-5 orang)
          RM580 seorang (6 orang ke atas)

          bayi bawah 3 tahun adalah percuma manakala kanak2 bawah 8 tahun adalah separuh harga.

          oh ya. please note kita buat private group untuk 10 orang keatas sahaja. kurang dari itu agak mahal sikit kos semuanya 😅

          7 orang pakej 4d3n adalah rm4060. boleh whatsapp saya di 017-9927319 untuk keterangan lanjut. terima kasih 🙂

    1. boleh. confirm Dis 2019. bukan Dis 2018?

      Ho Chi Min 4 hari 3 malam

      RM670 seorang (2-3 orang)
      RM630 seorang (4-5 orang)
      RM580 seorang (6 orang ke atas)

      Ho Chi Min untuk 3 hari 2 malam

      RM580 seorang (2-3 orang)
      RM480 seorang (4-5 orang)
      RM430 seorang (6 orang ke atas)

      bayi bawah 3 tahun adalah percuma manakala kanak2 bawah 8 tahun adalah separuh harga.

    1. Ho Chi Min 4 hari 3 malam

      RM670 seorang (2-3 orang)
      RM630 seorang (4-5 orang)
      RM580 seorang (6 orang ke atas)

      Ho Chi Min untuk 3 hari 2 malam

      RM580 seorang (2-3 orang)
      RM480 seorang (4-5 orang)
      RM430 seorang (6 orang ke atas)

      bayi bawah 3 tahun adalah percuma manakala kanak2 bawah 8 tahun adalah separuh harga.

      oh ya. please note kita buat private group untuk 10 orang keatas sahaja. kurang dari itu agak mahal sikit kos semuanya 😅

  3. Salam,

    Boleh bagi sebutharga untuk pakej 3 hari 2 malam (4 orang).

    **Tidak termasuk penginapan**

    Flight ke Saigon 2 Apr 2019.

    1. salam hai. maaf lambat. saya sibuk sangat dgn urusan trip bulan 4. ini harga tour tak termasuk hotel

      4 hari 3 malam seorang rm400
      3 hari 2 malam seorang rm290

      Siap sehari 3 kali makan dengan tour bawak jalan semua sekali 😊👍

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *