Permintaan pakej percutian ke Bali dan Pulau Perhentian adalah antara yang tertinggi saya dapat sejak tahun 2017 lagi. Sampai sekarang saya dapat mesej dan pertanyaan mengenai pakej pelancongan ke Bali dan pakej percutian ke Pulau Perhentian.

Baru sekarang saya jumpa harga yang murah dan dipercayai untuk dikongsikan bersama anda. Saya sangat memilih dalam dua perkara ini. Harga murah dan kepercayaan.

Murah bukan bermakna tiada kualiti tapi menurut saya adalah harga yang berpatutan. Manakala kepercayaan menurut saya adalah servis yang bagus dan mesra pelanggan. Saya mahu adakan hubungan jangka panjang dengan semua. Kalau boleh. 🙂

Oh ya. Minggu depan saya akan ke Bangkok dan saya akan kongsikan pengalaman, tempat menarik, kedai vespa (sebab ada kawan minta tolong survey barang vespa dia) dan makanan sedap kat sana nanti.

Perhentian Kecil atau Perhentian Besar

Antara dua pulau ini. Saya pilih untuk bercuti ke pulau Perhentian Kecil sebab lebih ‘hidup’ pada waktu malam berbanding Pulau Perhentian Besar.

Baca lebih lanjut dalam entri ini; Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar lagi Best? untuk mendapat gambaran dan perbandingan melalui pengalaman saya bercuti kedua-dua pulau tersebut. Kebanyakkan gambar dalam entri itu saya guna kamera iPhone 5s dan diolah warnanya dalam aplikasi Snapseed.

Lihat juga entri ini; Kenapa Pulau Perhentian Kecil Destinasi Pilihan Terbaik untuk saya datang lagi ke Pulau Perhentian Kecil nanti.

Pulau Perhentian Kecil – Kamera iPhone 5s

Pengalaman Bercuti ke Bali

Dalam satu tahun saya pernah ke Bali dua kali dengan kawan-kawan. Kemudian tahun seterusnya pergi lagi dengan ahli keluarga pula.

Pantai Lovina, Bali

Pergi dengan kawan seronok, pergi dengan keluarga pun seronok. Pergi bulan madu dengan isteri lagi seronok. Baca entri ini; 3 Sebab Best Honeymoon di Bali untuk anda bakal melayari bahtera perkahwinan tak lama lagi.

Saya sedar dalam hujung tahun lepas ada kekerapan bencana alam. Harap sekarang dah takde dan boleh mula rancang untuk percutian dan honeymoon ke Bali. Lihat juga entri ini; 5 Gambar Cantik kat Bali dengan Kamera iPhone 5s untuk gambaran pengalaman saya di Bali.

Sekarang saya pakai telefon Huawei P10. Dah tak relevan selepas 2 tahun. Saya rindu iPhone 5s. 🙁

Nantikan Harga Lengkap dan Pakej Percutian ke Bali dan Pulau Perhentian tak lama lagi. Saya akan cuba buka untuk trip 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam dahulu. Okay. Pape roger bosskur.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *