Hai bro dan sis,

Its me again, Fariz. Penulis blog dari Kelantan yang suka travel dengan bajet ciput tapi best. Heh

Orait. Kali ini saya nak kongsi 3 sebab best honeymoon di Bali seperti 3 lokasi pemandangan matahari terbenam yang romantik. Pemandangan gunung yang menarik dan yang tertinggi di Bali. Serta beberapa aktiviti untuk korang luang masa bersama-sama pasangan ketika honeymoon di Bali nanti.

Sebab pertama adalah mengenai dua buah gunung yang menakjubkan. Iaitu Gunung Agung dan Gunung Kintamani.

Jom jelajah Bali.

Pemandangan yang Dramatik

Dengan berlatarbelakangkan gunung berapi Kintamani sahaja sudah cukup untuk menimbulkan perasaan teruja bersama-sama pasangan anda apabila honeymoon di Bali nanti.

Juga boleh lihat berdekatan pemandangan gunung Agung. Iaitu gunung yang tertinggi di Bali.

Gunung berapi?

Selamat atau tidak?

Kalau korang ingat. Dalam bulan ogos hingga bulan september tahun 2017 telah berlaku bencana alam; letusan gunung berapi. Letusan sebelumnya dalam tahun 2000 (gunung Kintamani) dan tahun 1963 (gunung Agung).

Maka jawapan saya, tahun 2018 adalah tahun yang terbaik untuk honeymoon di Bali. Pendapat saya lagi, bencana alam memang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu ia tidak menghalang saya untuk travel ke Bali buat kali ke-4 dan ke-5 nanti.

Untuk makluman korang. Kalau korang baca dengan Encik Wikipedia. Bali terkenal dengan gelaran Pulau Cinta, Pulau Dewa-Dewi dan Pulau Keamanan.

Also..tetiba inggeris..83% penganut Hindu, 13% penganut Islam dan selebihnya penganut Kristian dan penganut Buddha. Jadi jangan hairan kenapa ada banyak kuil dan tempat suci bagi penganut agama Hindu.

Okay. 😉

Beralih kepada sebab kedua best honeymoon di Bali. Iaitu suasana romantik ketika waktu senja sambil mengamati matahari terbenam bersama-sama isteri/suami ketika honeymoon di Bali nanti.

Ini saya kongsikan tiga lokasi pantai yang best untuk jalan-jalan dengan kekasih hati di Bali.

3 Lokasi Sunset di Bali

Pantai Jimbaran

Kelebihan pantai Jimbaran adalah…ermm…lapang. Erm…Berlapanglah dada dengan isteri anda jika tiba-tiba craving makanan laut  yang memanggil-manggil di setiap restoran sekitar pantai Jimbaran. Heh

Apa yang saya ingat adalah pengalaman yang santai sekitar pantai Jimbaran sambil menikmati jus avokado atau jus alpokat (dikenali di Indonesia) yang enak di saat menunggu matahari terbenam sepenuhnya.

Pantai Tanah Lot

Pantai Tanah Lot merupakan lokasi kegemaran saya jika berkunjung ke Bali (lagi). Pemandangan sunset di pantai Tanah Lot sungguh mengasyikkan dan unik.

Juga antara lokasi penggambaraan yang menarik dengan bayangan candi Tanah Lot menghadap matahari yang terbenam.

Best. My favourite!

Pantai Kuta

Kalau kena dengan musim surfing. Ramai je mat salleh lepak pantai Kuta. Bagi saya pantai Kuta sangat meriah dan ramai orang. Kedai makanan halal dan murah juga senang nak dapat kat sini.

Markah B saya bagi sebab kalau saya honeymoon. Saya nak yang tak ramai orang. Nak berdua-duaan. Nak ada privacy nak layan perasaan gitu. Huhuhu. Terpulang atas korang jugak sebenarnya nak yang macam mana. Senang-senang nanti buatlah pilihan sendiri ya.

Pantai tambahan; terokailah Pantai Lovina untuk melihat ikan lumba-lumba dari dekat seawal matahari terbit. Hanya 2 jam dan sekitar 150,000 rupiah (termasuk sarapan) untuk seorang. Ha! Yang ini confirm best honeymoon di Bali nanti. 🙂

Akhir sekali…

Tarian Asli di Bali

Sebab ketiga best honeymoon di Bali adalah tarian-tarian yang menarik untuk dihayati seperti tarian Kecak yang penuh drama. Seperti Malaysia ada tarian Kuda Lumping, Menora dan Ulek Mayang (dimana saya sendiri belum habis teroka pun ya lagi..aduhai).

Juga ada tarian Barong, tarian asli Bali dengan pengaruh Hindu mengenai  kisah mitos raja roh melawan roh kejahatan. Menurut Encik Wikipedia. Asal perkataan ‘barong’ adalah ‘bahruang’ atau ‘beruang’.

Nah. Menarik kan? 😀

Oleh itu, kalau korang jejak ke Bali. Dua tarian itu adalah perkara harus tonton dan sekaligus menjadi sajian lengkap bagi pengalaman honeymoon yang mengujakan. 🙂

Bonus mengenai hotel di Bali dalam 11 patah perkataan; “anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik…hotel? Trivago!“

heh

Akhir sekali (lagi)…

Terima kasih kerana membaca. Semoga entri ini best. huhu

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *