Aku nak buktikan bahawa tak semestinya kena ada kamera DSLR untuk dapatkan gambar lawa. Guna kamera phone pun boleh dapat gambar lawa.

Sekarang phone dah canggih. Kamera phone makin power. Kalau nak shoot, terus angkat phone. Setting gambar dalam phone. Upload dan share pun guna phone.

Berbanding dengan sesetengah kamera DSLR, kalau nak setting gambar kena bukak laptop dulu. Lepas tu guna internet phone untuk upload dan share. Ye la. Takkan nak kena bawak laptop merata tempat pulak kan.

Aku pernah bawak kamera DSLR tapi berat sangat. Nak bawak ke mana-mana pun tak rasa bebas. Nak kena prepare satu lagi kerusi untuk letak kamera tu bila makan. Letak atas meja nampak penuh pulak.

Kepada yang gemar upload dan share secara on-the-spot gambar cantik, guna kamera phone adalah langkah yang sangat sempoi. Dah puas ambik gambar, terus simpan phone dalam poket.

Uluwatu Temple
Senja di Ubud
Ubud
Uluwatu
Kecak Dance Bali

Kalau phone korang takde kamera, secara autamatik kawan korang akan jadi juru kamera korang. /perasanartissikit hehe

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *