Macam korang. Saya juga suka travel. Lebih-lebih lagi bila dapat melancong dengan bajet yang sangat rendah dan murah. Disinilah saya kongsikan senarai negara asia yang bajet dan murah untuk melancong.
Akan tetapi. Suka saya ingatkan. Saya tidak mencari shopping mall berjenama ketika melancong ke luar negara malah saya mencari pasar tani dan pasar malam untuk berbelanja. Dari situ kita boleh plan bajet kita dengan baik.
Dari perbelanjaan yang tinggi sehingga yang paling rendah (mengikut kesesuaian).
Lebih 3 kali Lawatan
Laos
Negara Laos adalah antara negara yang paling sikit penganut agama Islam. Bila orang Islam paling sikit maka agak mencabarlah untuk mendapatkan makanan halal yang murah. Makan ikan bakar dengan salad je kat sini.
Dikampung isteri saya. Hanya saya, isteri saya dan classmate saya yang juga menikah sama orang Laos sahaja yang beragama Islam.
Sesudah belanja di pasar beli seekor ayam yang hidup untuk dibawa pulang. Lalu dengan nama Allah, saya sembelih ayam itu. Halalan toyyiban. Hehe. Gitulah rutin saya kalau nak makan ayam di kampung isteri saya. Terasa kemahiran hidup saya boleh dapat markah A. huhuhu
Jalan raya di Laos agak berdebu. Seeloknya pakai mask yang cover hidung dan mulut daripada debu. Ada je orang Laos pakai kalau bawa motor. Jangan la pakai dalam bas yang ber-air cond. Mengada namanya tu. Lainlah kalau korang selsema dan batuk. Okay.
Bab tiket pula. Sekarang, paling murah kami dapat ialah RM179 untuk one way sahaja. Dulu saya pernah dapat RM260 untuk return. Untuk entri bajet ini, saya sarankan cari return ticket bawah tiga ratus ringgit.
Kira-kira kasar travel ke Luang Prabang untuk 3 hari 2 malam:
- Return ticket = RM300
- Penginapan = RM200
- Transport = RM30
- Tour = RM30 (muzium, gua (berbayar), dll)
- Makan = RM100
Jumlah = RM660/orang
Kalau travel dengan kawan. Boleh kongsi duit penginapan dan berpakat bawa bekalan makanan. Bajet secara kasar travel dengan kawan boleh dapat serendah RM500. Ini bajet yang sederhana dan selesa.
Untuk korang yang travel secara kental yang tak kisah tidur kat mana-mana. Mungkin dengan bajet RM400 pun sudah boleh survive.
Oh ya. Sebelum saya terlupa. Negara Laos ada musim sejuk dan musim panas. Musim sejuk kat Laos lain macam sikit. Kalau dikawasan perkampungan yang berbukit sejuknya sampai boleh keluar asap bila buka mulut dan bercakap. Bila orang kampung sini pakai baju sejuk yang tebal-tebal. Saya rasa macam duk kat kawasan perkampungan Korea pula. Heh
Vietnam
Travel dan bajet ke Ho Chi Minh itu senang. Asalkan ada bajet shopping sahaja buat para wanita atau usahawanita yang nak borong pelbagai jenis pakaian dimana harga disini boleh buat para suami tertido dalam bas yang menunggu. heh
Kira-kira kasar travel ke Ho Chi Minh untuk 3 hari 2 malam:
- Return ticket = RM250
- Penginapan = RM200
- Transport = RM30
- Tour = RM30 (muzium, gua (berbayar), dll)
- Makan = RM70
Jumlah = RM580/orang
Atau boleh survey pakej percutian ke Ho Chi Minh di entri saya ini. Sangat berbaloi sebab tour guide nya sungguh peramah dan menyenangkan hati. Tak cayer boleh tunjuk gambar saya kepada Zone (tour guide) itu. Heh…
Boleh dapat bajet serendah RM450 seorang kalau berpakat travel ke Ho Chi Minh.
Ingat dua perkara ini yang paling ketara untuk rendahkan bajet korang. Pertama adalah bajet penginapan dan yang kedua adalah bajet transport. Kedua perkara ini boleh jimat kalau tidak melancong seorang diri.
Indonesia
Saya senang bangat travel ke Indonesia. Gitu.
Bagi saya, melalui bahasa sahaja sudah cukup memadai bagi saya untuk terus meneroka negara jiran ini yang kaya dengan budaya dan pemandangan matahari terbenam yang tercantik di Bali.
Kira-kira kasar travel ke Medan untuk 3 hari 2 malam:
- Return ticket = RM150
- Penginapan = RM200
- Transport = RM30
- Tour = RM30 (muzium, gua (berbayar), dll)
- Makan = RM70
Jumlah = RM480/orang
Saya pilih Medan kerana tiket flight nya adalah antara yang termurah. Destinasi yang lainnya harus tambah uang bajetnya dikit lagi. huhu
Yang lainnya senang. Makan, nginap, transport, pakaian. Semuanya senang. Boleh blend in. Asalkan pakaiannya jangan menjolok mata sangat. Okay. 😉
p/s: komen lah apa-apa kat bawah nanti. best ke tak entri ni.
Thailand
Saya letakkan negara siam ini yang termurah sebab saya fikir melancong dengan kenderaan darat jauh lebih murah berbanding pesawat penerbangan.
Iya lah. Kalau road trip dan kongsi duit minyak dengan kawan-kawan kan lebih banyak kita boleh berjimat. Duit tiket penerbangan takleh share. Kan.
Lepas itu merancanglah bawa bekalan makanan. Berbaki bajet untuk penginapan sahaja. Selebihnya terserah untuk beraktiviti. 😉
Kira-kira kasar road trip ke Krabi untuk 3 hari 2 malam:
- Minyak kereta = RM100/orang untuk pergi dan balik
- Penginapan = RM200
- Tour = RM30
- Makan = RM50/orang (bekal sardin, rice cooker, beras, sambal dll)
Jumlah = RM380/orang
Kalau berpasangan dah kahwin. Boleh jadi RM700 untuk satu couple. Okay sangat lah tu. Kan.
Orang Islam di negara Thailand pun ramai. Jadi senang nak dapatkan makanan yang dijamin halal.
Road trip ke luar negara yang kiteorang pernah adalah ke Singapura, Golok, Hat Yai dan Krabi. Jarak ke Krabi lebih kurang 8 jam hingga 9 jam kalau dari Kota Bharu melalui kereta.
Kurang 3 Kali Lawatan
Korea (1 kali)
Tempat menarik yang best adalah Pulau Nami dan Seoul Tower. Kenangan yang mengasyikkan.
Jepun (2 kali)
Tempat menarik dalam Tokyo:
- Akihabara
- Asakusa
- Odaiba City
- Hakone
Saya paling suka melawat negara Jepun sebab budayanya yang jelas dan bersih! (bukan sebab mainan je)
Pasti akan ke Jepun lagi tapi daerah yang lain lah…dan…kalau…dapat return tiket yang murah lah…hmmm
Singapura (2 kali)
Merlion Park, Bugis Street dan majlis anjuran Google di pejabatnya yang serba mewah. Semoga saya berkesempatan merasai the nature side of Singapore. Saya dapat berita ada pantai yang cantik disana. Ya?
Kemboja (1 kali)
Bandar Phnom Penh. Tapi tidak berjalan dengan bebas kerana ketika itu saya ada program pengajian saya. Lain kali mungkin saya dapat dan bebas meneroka bumi Kemboja. 🙂
Sekali lagi.
Kenapa negara asia?
Sebab kebanyakkan mata wang negara asia boleh dikira lumayan dan berbaloi untuk kita berbelanja.
Contoh untuk bab belanja makan. Kalau di Malaysia dalam satu hari kita boleh belanja makan kurang dari doploh ringgit. Ketika travel ke luar negara pun saya kira macam itu juga. Begitulah saya sediakan senarai negara asia yang bajet dan murah melancong untuk korang ini. 🙂