Destinasi Bajet Pulau Perhentian Kecil

Ini kali pertama saya ke Pulau Perhentian. Ada dua pulau sebenarnya, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Saya dan kawan-kawan pilih Pulau Perhentian Kecil sebab Long Beach ada nightlife dan penginapan murah. Tapi ada tempat penginapan yang tak buka dan pengunjung tak berapa ramai. Rasa ini pulau ana yang punya. hehe

Saya dah ready dengan kamera iPhone bersama kamera GoPro untuk ambik pemandangan di sini dan kongsikan kepada anda semua.

Sarapan pagi di tepi pantai

Di Perhentian Kecil sahaja saya sudah dapat gambar pantai lawa, air jernih, suasana matahari terbenam. Apatah lagi gambar ketika snorkeling, bersama ikan jerung, diving dan kalau bernasib baik anda boleh bergambar dengan penyu. Waktu saya pergi ni ada jumpa penyu. Jinak dan pemalu.

Pujian harus diberikan sebab orang kat sini mesra dan servis baik. Orang kat ini memang mengalu-alukan kedatangan kita.

Tambang Bot dan Bajet Penginapan

Tambang bot MYR70 untuk pergi dan balik. MYR35 untuk pergi dan MYR35 untuk balik. Naik speedboat, memang laju. Lebih kurang 45 minit je tempoh perjalanan. Rasa kejap sebab syok layan angin laut.

Kat sini dorm paling murah boleh dapat dalam MYR20 hingga MYR40 untuk satu malam. Lepas tu bilik kipas boleh dapat dalam MYR40 hingga MYR100. Manakala bilik aircond pulak boleh dapat dalam MYR200 hingga MYR280. Saya lebih suka fokus kat bajet aktiviti, makan dan souvenir.

Pulau Perhentian Kecil

Tempat tidur bagi saya yang bujang ni asalkan selesa dan selamat.

Kos Aktiviti

Aktiviti yang anda harus cuba kat sini ialah snorkeling kerana dengan aktiviti inilah anda boleh nikmati sepenuhnya kehidupan dan permandangan dalam air yang jernih dengan hanya MYR30 hingga MYR50 untuk satu orang. Goggle, life jacket dan fin shoe telah disediakan.

Romantic Beach

Berbanding dengan kos diving yang beranggaran MYR200 hingga MYR250 untuk satu orang.

Driver boat merangkap jurugambar anda akan sediakan gambar anda sepanjang aktiviti snorkeling. Termasuk bergambar dengan jerung.

Dengan hanya MYR30 sahaja anda boleh dapat gambar penuh dalam bentuk CD. Anda hanya ikut arahan jurugambar tersebut dan posing dalam air.

Belanja Makan

Suka saya minum air pisang milk shake kat sini sebab rasa fresh giler. Mee goreng pattaya pun sedap. Malah anda boleh makan secara buffet atau rancang barbeque anda bersama kawan mahupun keluarga.

Waktu Senja di Ombak Cafe

Harga yang berpatutan dan servis yang baik.

Lagi Gambar

Pemandangan di Jeti
Pemandangan Senja
Sekitar Jeti Perhentian Kecil
Suasana Senja

Kesimpulan

Sebagai seorang yang gemar menjelajah tempat baru. Sengaja saya tak bagitau info nama hotel, restoren dan sebagainya sebab saya nak anda bertemu dan alami sendiri kat sana. Sebab sekarang anda dah pasal kos dan boleh buat bajet sendiri. Jadi apa lagi, rancang lah penjelajahan anda sekarang!

—————————

Note: Kalau dapat yang lagi murah dan servis lagi bagus, mohon share dengan saya ya. Terima kasih.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *