Ada banyak perkara menarik di Ho Chi Minh yang saya rindu-rindukan. Antaranya adalah tapak bersejarah, makanan dan pemandu pelancong yang petah berbahasa Malaysia, Zone atau dulu dikenali sebagai Lee Min-Ho Vietnam. hehe

Kalau korang travel seperti saya. Saya akan skip tempat shopping yang berjenama seperti Hard Rock Cafe dan lain-lain (selanjutnya dibawah). Kerana tujuan utama saya travel adalah untuk belajar cara hidup orang Vietnam dengan bajet yang rendah.

Tapi saya tak kisah kalau anda enjoy dan berjalan dengan bebas sebab pakej ini memang fleksible. (contact saya dibawah ya) 🙂

Okay.

Ini sebuah artikel berpoin untuk 5 perkara menarik di Ho Chi Minh, Vietnam.

Delta Sungai Mekong

Saya takkan pernah puas jelajah Mekong Dekta. Mula-mula singgah Pulau Unicorn. Ada kebun madu lebah. Boleh cuba rasa madu segar dari sarang lebah. On the spot, wa cakap lu. Nasib baik tak kena gigit. Agaknya lebah sini jinak-jinak macam kucing kot? heh!

Proses buat gula-gula dari buah kelapa pun ada. Siap ajar dan boleh cuba buat sendiri. Baik sangat. Boleh tambah ilmu bab pengusaha. /thumbsup

Kemudian menyusuri Delta sungai Mekong yang digembar-gemburkan itu adalah sangat ralit. Seronok dan mendebarkan. Pengalaman naik sampan menyusuri terusan yang sempit sambil menikmati alam sekeliling sungguh mengasyikkan.

Boleh jadi antara kenangan yang seronok apabila datang melawat Ho Chi Minh. Lagi. Dan lagi. Kalau dah lupa. 😛

Terowong Cu Chi

Pengalaman saya di salah satu tapak bersejarah ini sangat best dan mendebarkan. Berpeluh beb. Terowong Cu Chi ini juga dikenali sebagai muzium terbuka bagi memperingati peristiwa perang pada suatu ketika dahulu. Dimana orang Vietnam berlindung didalam sistem terowong ini.

Agak beraktiviti, lasak dan pasti akan ingat sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi bersama-sama keluarga dan teman yang rapat. Susah senang sama-sama gitu. 😉

Muzium Tinggalan Perang

Saya suka melawat Ho Chi Minh sebab punya emosi yang pelbagai. Teruja di Delta sungai Mekong. Bersusah dan berpeluh di Terowong Cu Chi. Kali ini sedih di Muzium Tinggalan Perang. Itu yang menjadikan Ho Chi Minh antara lokasi yang menarik untuk dituju.

Kenapa sedih di Muzium Tinggalan Perang? 🙁

Sebab banyak akibat buruk peperangan yang terkesan terhadap penduduk tempatan. Senjata api, perangkap, penjara, racun, bom, hukuman. Korang namakan saja. Ada yang cacat. 🙁

Rasa macam spoiler pula. Sudah. Korang hayatilah sendiri nanti. Ya.

Pasar Ben Thanh

Saya suka tengok orang berniaga dalam pasar Ben Thanh. Lebih-lebih lagi melihat semangat orang Vietnam berniaga. Ada yang memaksa, memujuk dan sebagai. Ben Thanh Market ini bermula operasi dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Macam-macam barang ada. Dari produk makanan hingga pakaian.

Pasar malam tepi jalan pun saya layan. Mana tau dapat jumpa benda syok buat trading ke apa. Kan. Pasar malam pula bermula dalam jam 7 malam hingga 11 malam.

Kopi Vietnam

Saya sangat suka dengan kopi Vietnam. Berbaloi shopping kopi banyak-banyak kat sini lepas itu bawa balik Malaysia. (kepada pengeluar kopi dalam Malaysia sila hubungi saya) 😛

Untuk korang yang tak minat lepak minum kopi Vietnam. Korang gantikan saja dengan Pejabat Pos Ho Chi Minh. Bagi saya sangat menarik dan terperinci. Rekaan bangunannya sangat halus dan mempunyai identiti yang jelas (saya tak study sangat bab architecture nih). Terbaik. /naikduaibujari

Nota: Lepak dan santai sangat ikut pemandu pelancong yang fleksible dan hensem ini. Lee Min-Ho, Fattah Amin. Semua dia. LOL

Saya sudah jelaskan lima perkara menarik di Ho Chi Minh.

Kini ada tiga perkara korang boleh skip atau potong dalam senarai pakej pelancong.

Dimana saya rasa tidak perlu.

Hard Rock Cafe Ho Chi Minh

Dulu minat lah. Sekarang macam…meh.

Zoo Bandar Ho Chi Minh

Kat Malaysia pun ada. Itu pun tak terlawat. Kadang-kadang saya terasa kesian kat haiwan-haiwan liar yang tertentu berada disebalik kandang.

Same ol’ same ol’.

Tempah Sut Murah dan Cepat

Tak berapa praktikal. Walaupun ada bajet. Tapi kalau jumpa kurta Black Panther. Angkat terus. hehe!

Bonus

Ho Chi Minh juga terkenal dengan gelaran syurga membeli-belah. Jadi, haruslah sediakan sedikit bajet khas untuk shopping. Lebih-lebih lagi shopping kain tudung.

Kalau korang berminat untuk ikuti dan tempah tour ini. Kalau korang berminat. Boleh hubungi Fariz Izhan di Facebook ini dan nombor Whatsapp dibawah.

Facebook Fariz: facebook.com/blogfarizizhan

Whatsapp Fariz: +6017 9927 319

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

3 Comments

    1. Salam hai. Sorry lambat reply. Banyak kerja seminggu dua ni. Untuk apa-apa tempahan dan pertanyaan boleh hubungi saya. Terima kasih. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *