Belanja tour di Ho Chi Minh tidaklah semahal belanja di bandar negara asia yang lain seperti Singapura, Seoul, Beijing, Tokyo, Bangkok dan lain-lain. Ini kerana nilai mata wang dong, Vietnam adalah rendah dari mata wang ringgit, Malaysia.

Agak lumayan untuk kita berbelanja di Ho Chi Minh dengan pakej Ho Chi Minh murah ini sambil mengenali pelbagai keunikkan budaya dan makanan halal.

Malah return tiket dari KL ke Ho Chi Minh boleh dapat sekitar 207-227 ringgit sahaja (sila buru tiket ke Ho Chi Minh sekarang!)

Harga Pakej Ho Chi Minh 4H3M

  • RM 700 seorang (2-4 orang)
  • RM 650 seorang (5-8 orang)
  • RM 600 seorang (9-14 orang)

Manakala untuk kanak-kanak bawah 3 tahun adalah free of charge kerana masih dibawah jagaan penjaganya sepenuhnya. Masih dikira pakej Ho Chi Minh murah.

Jika anda berminat dan ingin bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dengan pakej tour ke Ho Chi Minh ini. Sila terus hubungi saya di WhatsApp +6017 9927 319.

Dibawah merupakan info dan itinerary pakej percutian ke Ho Chi Minh secara terperinci serta menyeluruh untuk pakej Vietnam murah ini.

Pakej Ini Termasuk:

  1. Penginapan (hotel berdekatan Ben Thanh Market
  2. Makan 3 kali sehari (restoran halal)
  3. Lawatan Sungai Mekong
  4. Lawatan Terowong Chu Chi
  5. Jalan-jalan pusing bandar Ho Chi Minh termasuk:
  • Shopping dekat tempat buat baju kurung
  • Borong tudung Nelofa
  • Lawatan kilang kasut dan beg
  • Lawatan muzium perang
  • Lawatan pejabat pos lama
  • Hard Rock Cafe Ho Chi Minh

Pakej murah Ho Chi Minh ini sangat berbaloi sebab dapat jadual makan yang cukup, layanan tour guide yang bagus, pengangkutan ber-air cond dan tempat penginapan yang baik.

Ini adalah gambar tour guide anda disana nanti. Peramah dan mesra orangnya. Malah dia sangat fasih dalam bahasa Malaysia walaupun dia bukan orang Malaysia. Saya panggil dia, Zone. Atau Lee Min Ho Vietnam atau Fatah Amin Vietnam. Saya kawan dengan dia sejak 2015 lagi. huhuhu

Dengan pakej murah Ho Chi Minh ini anda tidak perlu lagi risau dan pening kepala untuk merancang aktiviti anda ketika berada di Ho Chi Minh untuk

Berikut merupakan jadual perjalanan pakej Ho Chi Minh 4 hari 3 malam buat rujukan anda.

HARI PERTAMA ( 2 kali makan )

Tiba di Saigon airport Ho Chi Minh akan ada van jemput anda terus ke hotel untuk check-in. Setelah selesai check-in kita akan menuju ke tempat buat baju kurung, tudung nelofa. Kemudian kita akan ke kilang kasut dan beg.

Disini skil tawar-menawar anda diperlukan.

HARI KEDUA ( 3 kali makan )

Pada hari kedua. Kita bermula dengan sarapan pagi di restoran halal dan seawal jam 7.30 pagi kita akan bergerak menuju ke Sungai Mekong. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Ini video perjalanan saya di Ho Chi Minh. 🙂

Aktiviti di Sungai Mekong:

  1. Naik bot besar pusing pulau
  2. Naik kuda
  3. Naik sampan
  4. Tengok tempat buat gula-gula kelapa
  5. Shopping madu
  6. Makan di restoran halal dan solat
  • Jam 3.30 petang balik ke bandar Ho Chi Minh
  • Sampai bandar Ho Chi Minh makan di restoran halal
  • Balik hotel mandi dan solat (fleksibel)
  • Malam shopping di pasar malam

Untuk tips tangkap gambar cantik. Pastikan subjek anda tidak terpotong. Contohnya ketika tangkap gambar orang tengah menembak. Pastikan orang yang tengah menembak dan senapangnya tidak terkeluar dari pandangan kamera anda.

HARI KETIGA ( 3 kali makan )

    • Pergi Lawatan Terowong Chu Chi
    • Jam 12 tengahari makan di Chu Chi Tunnel
  • Balik bandar Ho Chi Minh terus ke muzium perang, pejabat pos lama, hard rock cafe dan masjid bandar Ho Chi Minh
  • Balik hotel dan makan petang
  • Shopping Complex ( Taka Plaza, Saigon Square…)

Boleh lihat banyak tempat dan lawatan dalam jadual perjalanan yang kami sediakan ini. Supaya waktu anda berada di Ho Chi Minh benar-benar berbaloi dan boleh dijadikan kenangan yang lumayan.

HARI KEEMPAT ( satu kali makan)

  • Shopping kat Pasar Ben Thanh (berdekatan hotel)
  • Jam 11.30 balik hotel dan check-out
  • Hantar pulang ke airport

Jika anda benar-benar berminat untuk menempah dan dapatkan pakej tour ke Ho Chi Minh 4 hari 3 malam ini. Sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah.

HUBUNGI SAYA

Email : farizhadipro@gmail.com

WhatsApp: +6017-9927 319 (Fariz)

Manakalan untuk pakej Ho Chi Minh 3 hari 2 malam pula. Silakan ke entri pakej Ho Chi Minh 3 hari 2 malam ini. Juga boleh hubungi Fariz untuk pakej Vietnam yang murah untuk 3 hari 2 malam.

Semoga semua perjalanan anda berjalan dengan lancar. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

3 Comments

  1. Ingin bertanya, kami dari Johor Bahru, kalau ikut pakej ini kami mahu berangkat dari mana?

    Bila pakej ini bermula dan harga untuk dua orang suami Isteri.

    1. maaf lambat. saya check Air Asia ada flight direct dari Johor Bahru ke Ho Chi Minh dan pakej ini bermula di Ho Chi Minh. Start sebaik saja tiba di Ho Chi Minh. semua dah include dalam pakej ground ini. tiket muzium, tambang bot ke sungai mekong, transport, driver, tour guide, hotel dan makan minum. kecuali tiket flight dan belanja shopping sahaja – dalam erti kata lain, bawa duit belanja shopping je. 😊👍

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *