Hai bro dan sis,

Sejak dua menjak tiga menjak ini dan malah lebih lama dari itu. Saya dapati entri berkaitan tips bajet percutian, pengalaman ke luar negara, gambar travel menarik dan seumpamanya itu mendapat perhatian hampir setiap hari ke dalam blog farizizhan ini.

Bukan itu je…

Pertanyaan berkaitan edit gambar, cara melukis dan resort paling best di Pulau Perhentian juga ada naik dan masuk dalam rekod blog ini.

Oleh itu…

Saya akan cuba menjawab beberapa soalan yang saya sempat.

  • Edit gambar gelap (maksudnya jadi cerah)

Apa yang saya buat hanya niacin ‘brightness’ sebanyak 60 (dalam Photoshop). Kalau dalam telefon. Saya akan guna app Snapseed, juga akan naikkan ‘brightness’. Cuba lah. 🙂

  • Edit gambar tempat sama kedudukan berbeza??

Mungkin masuk dia edit rumah kat dalam Malaysia tapi ada salji. Kot.

Okay. Cara saya adalah cari efek salji dalam Google. Kalau boleh cari gambar format png. Kemudian ‘tampal’ efek itu kat atas layer gambar rumah.

  • Boleh ke gambar phone di cuci?

Boleh dan saya dah buat. Ini gambar yang saya cuci. Entri Boleh Tak Cuci Gambar Phone.

Okay. 3 soalan je untuk hari ini.

Maaf sebab tak sempat nak tunjuk cara melukis. Hubungi saya kalau ada yang sudi kongsi cara melukis kartun atau lukisan wanita bertudung. Hakcipta terpelihara. Jangan risau. 🙂

Nanti saya kumpul lagi soalan-soalan yang menarik untuk dijawab.

Update my personal life pula…

Abe Fariz apa cerita dan buat apa jer sekarang?

Macam biasa. Cari trafik, distribute content kedalam laman sosial. Analisis keyword dan SEO untuk beberapa page dan beberapa website. Kemudian redesign bila perlu. Walaupun kerja sendiri tapi perlu rasanya bagi saya untuk mengatur kerja dengan lebih berhemah/profesional.

Yang terbaru…

Lebih 2 minggu saya ikuti kursus The Web Developer Bootcamp secara online didalam web Udemy. Setakat ini saya dah belajar asas kod HTML, CSS dan Bootstrap. Sekarang saya masuk dalam bab JavaScript.

Kebiasaanya saya tetapkan waktu belajar selama 2-3 jam dalam satu hari. Saya juga ada ulang suara bahagian penting untuk saya hadam sebelum berganjak ke topik seterusnya.

Antara sebab saya ikuti kursus ini adalah untuk mendalami lebih lagi berkaitan kerja saya dan pembangunan laman web. Mungkin lepas ni boleh tolong buat web, app atau game yang simple untuk korang. Yang susah-susah kenalah bayar kan. Huhuhu.

Bagaimana pula dengan isu semasa?

Bukan saya tak update atau tak ambil tahu. Cuma saya tak minat nak menulis kalau berkaitan artis, politik dan sukan. Mungkin saya akan cari pertolongan untuk cover isu serius ini.

Minat saya lebih kepada pengalaman travel, bajet percutian, makanan, permainan video game, edit gambar, fotografi, superhero dan movie. Ini pun sudah dikira terlalu banyak untuk disumbat dalam satu blog.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *