Ketahanan emosi amat penting dalam dunia yang penuh mencabar dan sentiasa ada perubahan yang kadang-kadang perubahan dunia sekarang membuat kita rasa bimbang, sedih, stress dan pelbagai reaksi emosi negatif.

Saya gariskan 6 faktor sebagai panduan untuk kita semua sedar yang kita boleh urus emosi.

Ketahanan Peribadi

Ketahanan peribadi kita bermula dengan kebijaksanaan emosi iaitu kita tahu dan dapat urus emosi. Kita harus sedar dan dapat mengesan emosi sendiri. Bila sudah sedar kita seharusnya mengurus supaya emosi tersebut kearah yang baik dan dapat memberi kesan kepada emosi kita supaya tidak terlampau sedih atau gembira.

Kaedah tersebut kita namakan kepimpinan kendiri dari segi emosi. Selain itu amalan spiritual seperti doa, zikir dan sembahyang amat perlu untuk ketahanan peribadi bagi kesihatan jiwa dan mental.

Ketahanan Kerjaya

Ketahanan kerjaya amat penting untuk kita mengekalkan kerjaya dan juga untuk kita meningkatkan prestasi kerja. Kita seharunya sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran dan perubahan abad ke 21.

Dengan sikap yang sentiasa bersedia dengan perubahan dan cabaran kita akan lebih bersemangat berkerja.

Pilihan keputusan adalah satu perkara yang amat penting dalam pengurusan diri untuk kita berjaya. Pilihan Keputusan seharusnya sentiasa dibuat dengan mengambil kira senarai yang paling penting hinggalah yang kurang penting.

Selain itu, pengurusan masa dalam kerjaya. Amalkan sikap jangan bertangguh dan jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Ketahanan Sepasukan

Ketahanan sepasukan berlaku jika kita mempunyai kerja, projek dan program berkumpulan. Untuk lebih berjaya ciptakan satu tema, simbol, logo atau apa jua yang melambangkan kesatuan pasukan anda.

Komunikasi yang sentiasa bertolak ansur dan hormat menghormati diantara satu lain melangsungkan ketahanan sepasukan anda.

Ketahanan Organisasi

Amat malang jika sesebuah organisasi tidak dapat menyebarluaskan visi dan misi organisasi tersebut. Hala tuju sesebuah organisasi hari dikongsi segenap lapisan organisasi.

Komunikasi atas ke bawah dan bawah ke atas harusnya mengikut kesesuaian dengan hormat menghormati diantara satu sama lain dengan emosi yang baik.

Disamping itu juga ahli organisasi harus mengikut etika organisasi dengan patuh.

Amalan Kualiti Cemerlang

Setiap apa yang dibuat buat yang terbaik dan berkualiti cemerlang. Setiap detik diisi dengan perkara yang berkualiti cemerlang. Bacalah buku-buku motivasi dan kaedah-kaedah pengisian masa yang cemerlang.

Belajar dan belajar tanpa jemu. Ketahanan emosi akan lebih berkualiti bila kita mempunyai amalan kualiti cemerlang dimana kita akan berkeyakinan tinggi dengan ilmu yang banyak hasil amalan kita yang berkualiti.

Kuasa Tenaga

Kesihatan adalah juga kekayaan. Bila sakit duit habis sebab hendak menyembuhkan penyakit. Bekerja yang terlampau kerana mengejar duit yang banyak akhirnya duit tersebut harus membayar kos kesihatan yang terabai.

Oleh itu kesihatan harus dijadikan keutamaan sebagai kuasa tenaga untuk ketahanan menghadapi cabaran. Sumbangkan wang untuk makanan yang baik, beriadah, kebersihan diri dan apa jua perkara untuk kesihatan.

Bila kuasa tenaga dari kesihatan yang baik berkualiti kita akan mempunyai ketahanan emosi yang berkualiti.

Faktor-faktor diatas adalah sebagai panduan untuk diri kita menghadapi cabaran dan perubahan alaf 21 yang kita tidak akan kita duga baik dan buruknya. Sentiasa bersedia dengan panduan diatas.

Semoga coretan ini bermanfaat kepada anda.


Kredit Foto Awesome!

Anete Lūsiņa

The HK Photo Company

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *