Dalam trip aku ke Vietnam yang lepas. Aku ada bawa pulang sepasang sut lengkap. Ini semua sebab aku terpengaruh kuat dengan siri filem Kingsman. Style kot! 😛 Berpakaian kemas seperti James Bond lepas tu bergambar kat wedding nanti. Nanti? Wedding sape? uhuk uhuk berangan je dulu. 😉 😉
Berbalik kepada trip aku. Ho Chi Minh merupakan destinasi popular untuk shopping kain baju yang murah-murah dimana korang boleh beli secara pukal, longgok, borong dan sebagainya untuk dibawa pulang ke Malaysia dan jual.
Sekarang aku nak citer pasal kedai Huy Tin dalam Bến Thành Market yang sedia terima tempahan sut malah boleh siap dalam masa satu hari. Hebat!
Sut Siap Hantar ke Hotel
Memula aku macam teruja pasal boleh siap cepat. Lepas tu kena bayar full(nanti dapat resit). Maka first timer macam aku nih agak risaulah. Nasib baik ada tour guide yang boleh dipercayai meyakinkan aku berdua. Ya. Dua pasang sut boleh siap dalam tempoh yang singkat.
1,400,000 Dong atau 280 Ringgit sahaja untuk satu pasang sut. Murah dah tu bro. Berbaloilah bagi aku yang baru nak ada satu pasang sut ini. Kan dalam filem Kingsman ada macam-macam jenis kain dan jahitan untuk sut. Tapi aku pilih yang simple dan sedap pakai je. huhu
Kiteorang ukur, pilih jenis kain, jahitan, tinggal nama hotel dan siap bayar penuh dalam pukul 1 tengahari macam tu. Pada last day pakej 5 hari dan 4 malam kat Ho Chi Minh ini free and easy je nak pusing mana-mana.
Update blog, makan, lepak sekitar bandar Ho Chi Minh sampai letih. Lebih kurang dalam pukul 10:30 malam kiteorang sampai hotel. Dah ada dua pasang sut yang kiteorang tempah. Apa lagi, suit up dan bergambar! 😛
Salam, nak tanya cm mana kualiti suit tu ? worth x utk RM280 ? igt nk p sana jugak buat.
Thanks 🙂
salam bang. berbaloi lah bang. saya rasa nak buat lagi tahun depan. sebab badan dah naik sikit jadi ketat sikit huhuhu