Selepas kes tukar nama dan beberapa content yang hilang. Merujuk entry Tukar Nama Kepada FARIZHAN ini. KE..bukan kelajuan. Tapi ‘pace’ – bahasa melayunya, rentak.

Kes rentak ni lebih kurang sama dengan dengan kes buntu tak tahu nak tulis apa. Huish tercabar b.m aku. Susah weh. Takpe…cabaran diterima !

Ini 3 cara aku mencari rentak untuk menulis blog.

Mula dengan Kekok

Awal-awal nak tulis karangan bukan senang nak mula. Lebih-lebih lagi bila dah lama sangat tak menulis. Serius. Kekok bro. Macam pegang stereng lepas 2-3 tahun tak pegang. Aku tak nak tambah-tambah kang melampau bunyinya. Tapi gitu lah.

Kekok nak start tulis. Konon nak tunggu bahan yang betul, gambar yang betul, topik yang betul, hari dan waktu yang betul. Yang betulnya, start menulis dengan apa yang ada. Yang lain-lain seperti gambar dan tambahan maklumat tu boleh ditambah lain hari. Bukannya takde butang ‘edit’ macam Twitter tu kan. huhuhu

Mula dengan sikit-sikit. Takpe.

Ambil Masa

Dah tulis perenggan pertama tapi tak habis. Simpan draft je.

Fariz 2019

Serius benda ni terjadi kat aku. Bukan tak nak habiskan. Tapi tu la. Bila tak jumpa rentak. Benda menulis ni takkan selalu ada dalam fikiran aku. Jadi mudah terbengkalai.

Jadi, aku rasa memang ambil masa sikit untuk berada dalam minda kita. Tapi kena start dengan cara pertama tadi lah. Kalau tak sambil nak ambil masa kalau tak mula dengan sesuatu kan. Biar sikit.

Layan

Bila dah teringat nak sambung menulis perenggan yang tersimpan draft tu. Aku akan cuba mula tambah perkataan sedikit demi sedikit. Lepas tu… Allahu…ligat je kepala otak ni nak tambah poin demi poin. Siap tukar tajuk. Tajuk awal bunyi mengeluh pasal diri sendiri ni. Akhir sekali, tajuknya ada bunyi bermanfaat sikit untuk orang lain.

Aku layan je sampai perenggan akhir nak tutup cerita. Tiba-tiba ada bonus. hehe. Boleh layan sampai syok menulis.

Jadi, ginilah 3 cara aku mencari rentak untuk menulis blog. Semoga berguna untuk kawan-kawan blogger semua.

Nota: Cabaran tulis penuh dalam b.m tak menjadi. Aku cuba lagi dalam entri lain. Selamat.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *