Salam dan hi semua pembaca – keluarga, kawan, kenalan dan netizen semua. Tolong saya kalau dapat tolong.
Saya open.
Sebelum ni nama blog saya adalah FARIZIZHAN sekarang FARIZHAN. Sebabnya ada salah faham dengan pihak registrar. Lepas tu dia lelong kot nama tu. Tiba-tiba dah kena beli oleh orang lain. Orang tu guna bot sebab nama FARIZIZHAN dalam target dia kot?
Untuk sesiapa yang alert bab domain ni. Kalau dapat beli nama FARIZIZHAN tu nanti maklumkan kepada saya. Kalau jual balik kat saya dengan harga yang melampau lebih baik saya teruskan nama FARIZHAN ni.
Beza dia nama baru lagi pendek – FARIZHAN. Nama lama taip panjang sikit – FARIZIZHAN.
Bukan apa.
Sedih. Dah 10 tahun lebih saya jaga sampai dapat menjana pendapatan dengan 2-3 saluran. Contoh dengan iklan dengan Google, review, dan travel trips. Adoi. Sayangnya.
Tapi takpe. Benda dah lepas. Kena gerak juga kat mana-mana. Pengalaman tak sia-sia. Benda dah belajar. Boleh buat lagi dan sentiasa belajar benda baru. Fuh pujuk diri sendiri.
Dari pengalaman lebih 10 tahun menjana pendapatan dala internet. Saya dapat pelbagai tawaran dan imbuhan. Rezeki dari tuhan yang patut saya kredit. Nah optimis kaw kaw.
Sibuk bangunkan dengan apa yang ada juga adalah satu nikmat bagi saya. Kalau korang ada pengalaman seperti saya. Jom kita sama-sama membangun dan bagi inspirasi antara satu sama lain. Jom ‘comeback’.
Nota: Ada beberapa content yang tak sempat backup. Jadi saya akan recover balik satu per satu dari masa ke semasa.
Jumpa lagi dalam entri yang lain. Terima kasih.