Ada pepatah mengatakan makin berusia makin berisi. Sebab itu saya nak tambah isi dalam tahun 2017 nih. Biasalah. Tengah bersemangat. Harap boleh maintain semangat ini bila down esok esok.

Semalam blogwalking terjumpa BudakSukaVanilla punya blog. Wish list dia lebih kurang sama dengan saya punya. Ini bukan kes siapa tiru siapa. Okay.

Orang cakap dan melalui pengalaman saya sendiri. Kalau kita nak terus bermotivasi dan terus semangat dalam mencapai apa sahaja. Kita kena selalu ingat dan mendoakannya. Antara cara untuk kita terus mengingat ialah menulis dalam blog, diari, journal, wallpaper laptop, sticky notes dan sebagainya. Kemudian kita nyatakan impian kita kepada keluarga dan kawan supaya kita sama-sama mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain. insyaAllah

Maka inilah beberapa wish list atau things to do saya untuk 2017;

  1. beli kamera (sambil memahami teknologi kamera jenis mirrorless)
  2. pergi kursus kahwin
  3. belajar bahasa baru
  4. travel
  5. kahwin
  6. belajar masak tom yam
  7. design baru untuk blog
  8. khatam quran satu kali
  9. khatam 5 buah buku
  10. belajar 2 lagu chord gitar

Cukuplah 10 perkara. Kang muntah pulak. Lepas tuh, wish list nih nanti saya update hujung tahun nanti. Yang mana tercapai dan belum tercapai.

Dengan harapan berblogging nih akan jadikan saya lebih sibuk atau lebih produktif. insyaAllah

Jumpa lagi dalam entri seterusnya pasal kamera baru saya. Ciao!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *