Tutorial Lukis Kartun dengan Latihan 4 Step

Tutorial Lukis Kartun dengan 4 Step

Tak perlu terburu-buru, anggaplah ini satu latihan ringkas dan tak perlu takut kalau tak menjadi. Belajar daripada latihan.

step-1

Langkah pertama, mulakan dengan melakar bentuk luaran subjek dan apa yang anda lihat adalah apa yang anda lukis. Seperti yang saya lihat, wajah subjek agak lebar dan berbentuk petak.

step-2

Langkah kedua, tambah detail muka seperti mata, kening, hidung dan sebagainya.

step-3

Langkah ketiga, jelaskan bulu mata serta anak mata.

step-4

Langkah terakhir, tambah secara mudah akan detail pada rantai leher, rambut, anting-anting dan siap!

Limitkan latihan ini untuk 5 minit dan kebawah supaya mata anda fasih membaca bentuk dan tangan anda semakin ringan untuk memulakan lakaran seterusnya.

Sekian terima kasih. đŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *