Efek Grunge ni adalah satu efek yang buat gambar korang jadi lebih old school, nampak lebih berkarat dengan emosi yang muram serta caption yang classic. Efek ni lebih sesuai kat gambar kereta lama, alat muzik, rumah usang dan seumpamanya. Manakala tak sesuai untuk gambar makanan serta gambar orang kahwin yang sepatutnya ceria.
Dengan teknologi smartphone sekarang korang boleh tangkap gambar cantik serta edit on-the-spot dalam phone dengan mudah lagi berkualiti dengan App yang pelbagai. Betul memudahkan lebih-lebih lagi kepada yang suka berjalan sambil menikmati pemandangan sambil kongsi pengalaman korang kat kawan-kawan pada bila-bila masa.
App Snapseed
Antara App favourite aku untuk edit gambar bila aku travel untuk dapatkan gambar cantik. App ni free dan available kat Apps Store serta Google Play.
Tutorial Step by Step Edit
1. Upload gambar kedalam App Snapseed. Gambar dibawah adalah gambar original. Raw tanpa edit. Tangkap dengan kamera iPhone 6 di sebuah kedai alat muzik pada waktu petang.
2-Pilih Tune Image untuk serlahkan warna dengan vibrance. Boleh nampak perbezaan antara gambar sebelum dan selepas gambar warna yang nampak lebih cerah serta tidak pudar.
3-Pilih Grunge dan dapatkan style dalam lingkungan 780 serta rendahkan Texture Strength sehingga 28 supaya texture tidak nampak terlalu kasar pada gambar anda. Kemudian, korang boleh cuba sendiri untuk dapatkan style Grunge mengikut kesukaan korang.
Ingat, jangan terlalu lama nanti hilang seri gambar korang.
4-Gambar dibawah inilah hasil akhir. Semudah 3 langkah dengan App Snapseed.
Akhir sekali aku nak ingatkan. Style Grunge ni tak sesuai dengan gambar makanan sebab nampak suram dan gelap.
Gambar makanan sepatutnya lebih cerah dan ceria seperti gambar dibawah nih. Barulah terliur. Hehe