28 September, hari ini tak pergi mendaki bukit ke tanah padi. Lenguh satu badan tak terasa sangat sebab saya buat sikit je semalam. Hehe
Saya diberitahu hari ini boleh pergi ke pekan Kasy. Selepas Aisyah menanyakan kepada ibunya serta pelaku ‘upacara motor baru’ malam kelmarin. Begitulah Aisyah memahami suaminya akan gembira kalau dapat akses internet setelah sekian lamanya. Huhuhu
Sarapan hari ini istimewa sempena hari lahir saya. Kemudian dalam jam 1 tengahari waktu Laos, saya bersama Aisyah menunggang motorsikal menuju ke pekan Kasy. Setelah sekian lama tidak membawa motorsikal, terasa sungguh mencabar jalannya dari kampung ke Kasy. Ada selekoh tajam, naik dan turun bukit, jalan berlubang dan lori lalu-lalang. Begitulah, setelah sekian lama tak bawa motor. Apatah lagi membawa Aisyah bersama.
Walaupun sekejap dapat akses internet. Dengan rangkaian internet yang lemah. Saya sudah terasa cukup memadai dengan membalas mesej, ucapan hari lahir dan menaikkan gambar di dalam Instagram. Hal ini juga kerana saya tidak bawa laptop. Saya fikir laptop ini sangat rapuh ketika kali pertama saya membawa motor disini. Begitulah saya tak dapat nak masukkan entri hari pertama sehingga hari keempat saya disini.
Kemudiannya kami ke pasar untuk membeli makanan serta beberapa barang keperluan lain. Di pasar ini lah kami membeli ayam untuk hidangan seisi rumah dibawa balik lalu saya sendiri yang menyembelih ayam itu sejak hari kedua lagi.
…dan menu malam ini lagi istimewa berbanding menu pagi tadi.
Fe atau mi sup. Mi disini lebih halus dan licin berbanding kuey tiau. Sedap. Kemudian lada itu dicicah dengan belacan pun sedap. Tapi saya makan sebiji je. Tak berani makan berbiji-biji lada. Eheh
Oh ya. Ada badan NGO datang dari bandar Vientiane melakukan pemeriksaan serta mengajar tentang kebersihan dan kesihatan melalui pertunjukkan video.
Menurut pegawai (bernama Tavanh) yang bertugas. Dia maklumkan bahawa mereka hanya datang satu kali sahaja dalam satu tahun dan mereka datang hari ini pada tarikh lahir saya. Kebetulan yang sangat bagus bagi saya untuk tangkap gambar banyak-banyak. huhuhu
Recap hari keempat:
1. Tarikh lahir saya
2. Dapat akses internet
3. Mi sup sedap
4. Kenali badan NGO yang melawat
5. Selfie ramai-ramai
Sekian saja cerita hari keempat saya di kampung Tham Tai ini. (misi membawa laptop ke Kasy untuk masukkan entri hari pertama sehingga hari keempat tidak berjaya)