Telur Penyu Rebus

Serba salah aku dengan penyu sebab aku makan telur dia. Tak sama perasaan serba salah aku terhadap ayam sebab ayam cepat membiak. Aku tak kata penyu lambat membiak. Cuma penyu mendarat untuk bertelur. Lepas tu blah. Tinggal telur. Yang baru menetas terus masuk air. Peratus nak survive tu agak rendah kalau nak dibanding dengan ayam.

Bukan tak boleh langsung makan telur penyu nih. Cuma berkira lah sikit. Elakkan lah melantak tiap hari atau tiap minggu.

telur-penyu

Aku tak tahu sangat ape khasiat dia. Aku kira kalau makan berlebihan memang memudaratkan. Contoh makan gula. Lebih gula boleh kencing manis. Lebih garam boleh darah tinggi dan lain-lain. Tapi siapa yang minat telur penyu nih memang rasa sedap. Siapa yang tak minat tu pasti dia rasa pelik (mungkin tak biasa atau geli).

Bentuk telur penyu ni bulat macam bola ping pong yang dah berkedut. Tekstur kuning telur dia macam telur masin tapi kasar kasar sikit. Takde rasa hanyir langsung.

Sebenarnya dalam Malaysia je dah ada 6 tempat untuk kaji dan jaga penyu. Terengganu saja ada 2. Di Rantau Abang dan Kemaman. Kat situ korang boleh tengok penyu dekat lebih dekat. Lain-lain tempat ada di Melaka, Perak, pahang dan Pulau Pinang.

anak-penyu

Kebanyakan kita mungkin selalu makan telur ayam. Mungkin juga kita tahu secara tak langsung pasal ramai orang dah membiak ayam. Sekarang giliran penyu pulak untuk membiak.

Macam aku cakap tadi. Berkira lah sikit bila nak makan telur penyu tu. Selamat berpuasa. Heh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *