Alhamdulillah. Semuanya sudah berjalan dengan baik. Hari sabtu lepas bersamaan dengan 18 mac dengan 2 kali lafaz baru lah disahkan oleh 2  orang saksi bagi aku untuk menjadi suami orang. Nervous weh! Tapi syukurlah dah lepas. Dengan itu tamatlah sudah zaman bujang aku. Huhuhu

Sedikit sebanyak biodata isteri aku :

  • Nama gelaran : Aisyah
  • Nama Penuh : Nith Aisyah Sofia binti Pong
  • Asal : Vientiane, Laos
  • Adik beradik : Anak kedua daripada 6 adik beradik
  • Buah kegemaran : Limau

Bagi aku perkahwinan ini bukanlah pengakhiran sebuah cerita atau happy ending kehidupan seseorang tetapi perkahwinan ini adalah satu permulaan hidup bagi seseorang dimana kali ini mereka berganding bahu secara berpasangan dalam meneruskan hidup ini dengan baik (hendak-Nya).

Tidak seperti zaman bujang aku dulu. Banyak aku perlu faham setelah memasuki alam perkahwinan ini. Lebih-lebih lagi tentang kasih sayang dan belas kasihan. Okay. Aku tak nak bocor lebih pasal alam perkahwinan ini kerana akan lebih seronok bila rasainya sendiri. 🙂

Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka.” (QS Al-Baqarah [2]: 187)

Suka aku berpesan kepada diri sendiri untuk terus bersyukur kerana isteri ini adalah anugerah daripada tuhan. Nak taknak. Aku kena nak. Nak usaha, nak sabar, nak didik, nak kongsi dan segala macam nak yang baik. Kerana suami patut jadi contoh yang baik supaya jadi ikutan kepada isteri. Semoga membawa keluarga yang sakinah. Amin

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *