Taman Negara Kelantan (TNK), Kuala Koh, Gua Musang. 2-3 Mac 2018.

Taman Negara Kelantan merupakan destinasi terbaru saya. Semoga pengalaman saya berguna buat anda semua. Berikut adalah perjalanan saya dari Kota Bharu, Kelantan.

Pengangkutan

Ekspres Mutiara pergi dan pulang (Kota Bharu – Hentian Gua Musang) RM 42

Teksi pergi dan pulang (Hentian Gua Musang – Taman Negara Kelantan) RM 240 untuk dua orang.

Dari hentian Gua Musang ke Taman Negara Kelantan mengambil masa lebih kurang satu jam dan tiga puluh minit, untuk ke TNK kita akan masuk melalui simpang felda sungai aring. Dari simpang felda sungai aring ke TNK berjarak 16 km, sepanjang itu kita akan melalui jalan yang dikelilingi ladang kelapa sawit dengan jalan yang kurang elok, turun naik dan banyak selekoh sebelum tiba ke Taman Negara Kuala Koh, Kelantan.

Beginilah rupa terbaru pejabat urusan Taman Negara Kelantan. Dahulu binaan kayu kemudian selepas bencana banjir tahun 2014 bangunan baru lebih kukuh dibina dengan simen.

Kelihatan asrama terbiar begitu sahaja. Sebahagian bumbung asrama juga telah runtuh.

Di dalam chalet beserta bilik air. Elektrik berfungsi dari jam 12 tengah hari sehingga 8 pagi esoknya.

Waktu Urusan

Kaunter pejabat TNK:

  • Ahad hingga Khamis (8 pagi – 5 petang),
    Rehat 1-2 pm.
  • Jumaat dan Sabtu, cuti umum (9 pagi – 5 petang),
    Rehat 12-3 pm.

Perkara awal kita kena buat adalah mendapatkan permit RM 1 seorang, lesen kamera RM 5, lesen memancing RM 10.

Ini rupa kantin Taman Negara Kelantan, tapi nasib tidak baik. Kantin ini tutup. Mujur ada Encik Safi’e tolong bawakan makanan dari luar semalam di Felda Aring 10.

Penginapan

Chalet RM 50 untuk satu malam.

Alhamdulillah dapat kenal taman negara Kelantan, dengan carian Google dan maklumat dari Facebook. Sempat berbual dengan staf Taman Negara Kelantan, dia memaklumkan bahawa keadaan TNK yang sekarang tidak sama seperti TNK suatu ketika dahulu yang meriah dengan pelancong-pelancong dari luar negara dan dalam negara. Malah dulu pelbagai aktiviti yang seronok dapat dilakukan.

Chalet sedikit usang kerana turut terkena banjir, dengan rupa yang usang mungkin menyebabkan kita rasa seram. Nasib baik Pakcik Wan teman ambo mari sini, lepas itu pula pada malam kawasan ini sungguh gelap, tiang lampu malah kalau ada pun tidak berfungsi, berharap pada chalet yang lain itu ada lampu yang masih hidup.

Lebih kurang jam 10.30 malam, sudah makan dikantin nak ke chalet penginapan pasang lampu dan berjalan menunduk kebawah langsung tidak mendongak tengok atas. Seram!

Inilah senarai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika dahulu di Taman Negara Kelantan. Sekarang hanya aktiviti memancing sahaja yang hidup. Aktiviti yang lain-lain tidak berjalan.

Ini pula rupa jambatan gantung yang baru.

Taman Negara Kelantan juga terkesan dengan banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014. Sekarang, keadaan dan kemudahan di Taman Negara Kelantan adalah sangat terbatas.

Walaupun kondisi TNK kelihatan suram untuk dihuni namun aktiviti memancing masih aktif di Taman Negara ini. Moga pihak yang terbabit dapat usahakan sesuatu untuk kembalikan kemeriahan di Taman Negara kelantan, kuala koh, malaysia.

Untuk maklumat dan pertanyaan boleh hubungi:

En. Safi’e
Timbalan Penguasa Taman Negara Kelantan
Nombor: +6019-9308850

Nak tanya pasal trip memancing boleh kawtim dengan abang Rozee Pokhem Rpfc di Facebook.

We travel, we discover, we share.

#tamannegarakelantan #tamannegarakualakoh #kualakoh #guamusang #visitkotabharu2018 #visitkelantan2018 #kelantannationalpark #nationalparkofkelantan

Jumpa lagi didalam entri yang seterusnya. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *