Kebanyakkan penulis blog (termasuk aku?) selalu akan rasa susah ketika memulakan sesebuah entri atau pos apabila tiada idea, inspirasi, kehendak, desakan dan sebagainya.

Bagi pendapat aku lah kan. Aku sendiri pernah rasa susah untuk kerap update blog sebab utamanya adalah aku mengharapkan sesuatu sebelum mula menulis lagi. Contohnya, aku mengharapkan entri kali ini tak kena kecam dalam Facebook. Atau mengharapkan penulisan aku ini adalah yang terbaik daripada orang lain. Atau mengharapkan pos aku ini menjadi viral. Atau menghiburkan. Atau yang lainnya.

Apa kata kalau aku buang perasaan mengharapkan sesuatu balasan itu ketika hendak menulis blog. Hasilnya sekarang aku merasa senang untuk menulis blog kerana aku merasa sangat bebas daripada dikongkong oleh minda yang mengharapkan kepada sesuatu yang belum pasti terjadi. Nah. Ketika inilah kita akan merasa senang untuk mula menulis blog.

Maka menulislah dengan bagus dan terima teguran pembaca. Mungkin kita ada buat silap dengan tidak sengaja. Ketika itu, kita menilailah dengan baik ya. 🙂

Ruang Iklan

Ini serius. Untuk makluman pembaca semua. Kalau aku kurang update blog maka jumlah pembaca blog yang akan singgah ke blog aku akan berkurangan. Jika kurang pembaca singgah ke blog aku maka kuranglah orang tengok iklan dalam blog aku. Sebabnya, pendapatan bagi kebanyakkan penulis blog adalah bergantung atas seberapa ramai pembaca yang akan singgah ke blog masing-masing serta yang engage atau berinteraksi dengan iklan yang ada.

Penulis blog pula menulis dengan bermodalkan tenaga dan masa untuk menyediakan maklumat yang berguna dimana pembaca boleh mendapatkannya secara percuma. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun kepada semua yang singgah ke blog atau website untuk mendapatkan maklumat yang berguna. So, adil lah kalau penulis blog sepenuh masa menjana pendapatan melalui periklanan.

Selepas mengambil kira semua. Aku lebih percaya dengan perbuatan berbanding perkataan kerana semua orang boleh sembang bagi idea tetapi perlaksanaan dengan sabar adalah lebih penting. Kan? 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *