Snorkeling di Pulau Perhentian Kecil

Dua tiga hari lepas saya dah share pasal bajet/anggaran untuk ke Pulau Perhentian Kecil. Kali nih saya nak share pasal snorkeling kat Pulau Perhentian Kecil pula. 🤗🤗🤗

Info Harga dan Lokasi

Ada banyak signboard yang promote snorkeling kat sini dan kebanyakkannya menawarkan 5-6 check point yang menarik. Check point ikan jerung, penyu, coral, romantic beach, kampung nelayan dan sebagainya. Anggaran kos untuk snorkeling ialah sekitar MYR30 hingga MYR40. 👍👍👍

Pada mulanya rasa agak terkejut dan teruja dengan check point ikan jerung tu. Memang rasa syok la kan kalau pergi tengok depan mata. Ye la. Dalam kepala otak nih fikir ikan jerung yang ganas dan makan orang je dalam kaca tv dan internet. Jadi, saya dan kawan-kawan setuju untuk tengok ikan jerung depan-depan. 🙀🦈

Ikan jerung depan mata waktu snorkeling

Rupanya ada banyak jenis ikan jerung dan nasib baik ikan jerung nih jenis yang makan ikan. Tak besar dan tak kecik sangat tapi gabra juga lah kalau asyik lalu depan kita. Saya share ni pun berdasarkan pengalaman pertama saya. 👌👌

Bot snorkeling

Sebelum naik bot akan diagihkan snorkel mask dan snorkel fins(kasut kaki itik) dan bot bergerak dalam pukul 10 pagi.

Ternyata pengalaman snorkeling sungguh seronok dan luar biasa. Ye la. Duk darat ni pun bukannya selalu bersenam naik bukit bagai pun.

Jadi rasa agak luar biasa lah bila berenang serta melihat kehidupan di dalam air yang sudah cukup mempersonakan nih. 👍👍👍

Juga turut disediakan perkhidmatan jurugambar untuk anda. Jadi anda tak perlulah risau pasal aksesori kalis air untuk phone atau kamera anda. Hanya sekitar MYR30 untuk dapatkan sebuah CD yang penuh dengan gambar berkualiti untuk sepanjang hari punya aktiviti. 👍👌👌

Video pendek snorkeling yang saya buat:

Saya kira aktiviti snorkeling lah antara aktiviti yang harus anda lakukan di Pulau Perhentian. 👍👍👍

Sekian terimalah kasih. 🤗🤗

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *