Bila masuk bab perlaburan hampir semua orang mahukan pulangan yang segera. Lebih-lebih lagi bila dijanjikan dengan keuntungan yang berjuta-juta. Kalau goreng pulangan sepuluh ribu ringgit dengan hanya simpan seratus ringgit pun ramai yang percaya.

Modal Kecil Tapi Untung Besar

Cuba kira logik, melabur RM200 takkan dapat RM10,000 dalam masa 1 tahun. Perghhh…pulangan lebih 2000% – 4000% dalam masa satu tahun tuh. Gelap mata beb. Boleh hilang fokus. Tak main dah pulangan 100% setahun. Kalau melabur dengan ASB pun kena tunggu lebih 30 tahun. Itu pun kalau 14% satu tahun. Kalau melabur dalam kasino dan kedai judi sekali pun tak dapat pulangan macam tuh.

Macam mana pula nak kenal jenis orang yang menipu dalam skim cepat kaya nih?  Antaranya;

Jenis yang Memperlekehkan Pekerjaan Lain

Aku pernah berhadapan dengan orang jenis melekehkan kerja orang. Dia (scammer) cakap kerja makan gaji takkan pergi jauh dan tak boleh jadi jutawan. Terasa beb. Lebih-lebih lagi bila mak aku kerja cikgu. Mungkin dia tak sedar yang kerja cikgu itu lagi mulia daripada jadi kaya dengan menipu orang. Huh

Jenis yang Tak Sabar

Jenis kenalan yang tiba-tiba contact kita ajak jumpa setelah tiga-empat tahun tak jumpa. Dan tak pasal-pasal terpaksa dengar bermacam ayat close-deal dia.

Antara ayat close-deal yang popular;

  1. “Rugi tak join. Ramai dah jadi jutawan…blablabla”
  2. “Promosi Jutawan sekali seumur hidup..blablabla”
  3. “Untung berlipat kali ganda..blablabla”
  4. “Sampai bila nak kerja…blablabla”
  5. “Boleh sekeliling dunia dengan ahli keluarga…blablabla”
  6. “Jutawan nanti boleh belanja hantar orang tua pergi haji..blablabla”
  7. “Pencen dalam usia muda…goyang kaki…blablabla”

Siap janji bisnes takkan rugi beb. Untung je tiap hari. Kebanyakan janjinya too good to be true bagi aku dan aku percaya. Dalam apa jua jenis perniagaan pun pasti ada ‘naik’ dan ‘turun’. Untung dan rugi tu perkara biasa.

Apapun, yang penting pekerjaan kita nih menyenangkan atau memudahkan hidup orang lain. Bukannya menyusahkan dengan menipu duit orang. Kerana hidup ini bukan soal buat duit semata-mata tapi menyenangkan hidup orang lain. Contoh; kerja memasak untuk bagi orang makan. Kerja buat rumah bagi orang berteduh. Kerja buat kereta untuk kemudahan pengangkutan orang awam dan sebagainya.


Akhir sekali, berhati-hatilah bila ada orang promote perlaburan jenis baru. Ambil masa untuk kaji dahulu. Dapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa. Daripada bagi duit untuk benda yang tak nampak. Lebih baik guna duit tu untuk tambah ilmu kita atau bersedekah.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *