Hallo semua. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018 saya ucapkan.

Jangan menyesal dengan apa yang sudah kita lakukan dalam tahun sebelumnya. Ye la. Kalau nasi sudah menjadi bubur. Makan je bubur tu. Ha. Lain kali buat lagi. hehe

Dan jangan marah kalau tak tercapai apa-apa tahun lepas.

Tiada guna lagi untuk kita mengeluh kepada barang yang lepas kecuali dijadikan sebagai kenang-kenangan dan iktibar sahaja.

Bagi saya, pencapaian tahun 2017 berkait rapat dengan usaha susulan tahun 2016 dan sebelumnya.

Contoh: kahwin tahun 2017 dan sudah plan mungkin sejak tahun 2016 lagi.

Begitu juga dengan bisnes, kerjaya, bekalan akhirat (tak boleh tinggal), kesihatan, keluarga, holiday, study dan lain-lain. Semua itu kena ada perancangan, usaha dan pencapaian untuk kita hargai selama nafas masih dikandung badan.

Don’t give up! 🙂

Tudia…mengalu-alukan sangat tahun 2018 nih. Huhuhu

Review Tahun 2017:

  • Mula berumah tangga
  • Mula belajar code (web development)
  • Mula merancang bisnes dengan teliti
  • Mula baca buku
  • Mula peka dengan sekeliling
  • Mula insaf dengan pemergian sahabat

Juga…

Untuk Tahun 2018:

  • Mula sihat
  • Mula aktif
  • Mula menabung dengan baik
  • Mula berjemaah
  • Mula mengundi
  • dan macam-macam(atas korang) lagi

Kenapa baru mula?

Pendapat saya. Kita takkan pernah terlambat untuk memulakan sesuatu. Malah ianya lebih baik daripada kita tidak memulakan sesuatu yang (mungkin)bermanfaat.

Yeah. Semoga bermanfaat untuk masa akan datang.

Nota: Mohon dan silakan search orang berpengaruh di dunia atau search idola anda masing-masing untuk motivasi diri sendiri. 🙂

Travel Lagi 2018!

Oleh kerana isteri saya berasal dari negara Laos. Maka haruslah kami merancang dan menabung untuk balik kampung sekurang-kurangnya satu kali setahun.

Saya juga teruja sebab boleh kenal dan explore negara Laos dan saya pula boleh kenalkan isteri saya ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia serta negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapore dan Brunei. Maka nantikan entri-entri saya berkenaan travel dan makanan akan datang.

Malaysia boleh! huhu (^,^)

Dengan ini…

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua pengunjung blog Fariz Izhan. Semoga baik-baik aja buat tahun 2018 ini.

Sekian. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *