Saya setuju dengan ada pepatah “telefon canggih makin murah dan telefon murah makin canggih” kerana perkembangan teknologi telefon pintar boleh dikatakan sangat cepat dan memberangsangkan. Mana taknya, dalam satu tahun sahaja ada lebih 25 model telefon telah dikeluarkan. Untuk tahun 2016, Samsung sahaja telah keluarkan lebih 15 model telefon.

Okay cukup dengan intro. Kali ini saya nak review telefon baru Aisyah (telefon lama bagi adik kat kampung) iaitu Xiaomi Redmi 4A. Disini review saya bermula dari segi reka bentuk, prestasi dan akhirnya kamera.

Reka Bentuk

Xiaomi menawarkan 3 pilihan warna iaitu Rose Gold, Dark Grey dan Gold. Saya pilih Rose Gold kerana Aisyah suka warna ala-ala pink.

Saiznya Xiaomi Redmi 4A nih lebih kurang sama dengan saiz iPhone 6 tapi saya rasa Redmi 4A nih lebih ringan walaupun beratnya 131 gram berbanding iPhone 6 iaitu 129 gram sahaja.

Rupanya sebab casing Pokemon nih jadi berat sikit iPhone tu. Cheh

Prestasi

Dengan Android Marshmallow 6.0.1 setakat nih Aisyah happy jer selfie dan main game. Kira okay la tu kan. Kadang-kadang je load slow sebab banyak sangat app bukak. Lepas clear semua jadi laju balik.

Main Yu-Gi-Oh! Duel Links pun takde lag teruk walaupun dalam high performance.

Kamera

Berbekalkan dengan 13 megapixel pada kamera utama dan 5 megapixel untuk selfie. Bagi saya sudah cukup bagus untuk tangkap gambar lawa berbanding telefon lain yang sama harga dengan Xiaomi Redmi 4A.

Konklusi

Telefon Xiaomi Redmi 4A ini bagi saya adalah antara telefon pintar yang murah tapi power serta bateri yang lebih besar. Dengan sokongan 2GB RAM serta chipset Snapdragon 425. Telefon nih boleh dapat dengan harga lingkungan bawah RM500 sahaja.

Saya bagi 4 Bintang daripada 5 untuk harga dan prestasi telefon yang memuaskan.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *