Seperti pada tajuk yang tertera, filem The Social Network ini dah keluar dalam tahun 2013. Cuma aku je yang baru tengok. Aku pun dah lupa nape aku baru tengok filem nih. Mungkin sebab dalam tahun 2013 tu ada banyak filem best.

Pos kali ini mungkin panjang sikit bagi aku untuk terangkan kenapa filem The Social Network nih best serta penuh dengan konflik (sampai aku geram dengan lakonan Jesse Eisenberg dan terlupa akan fakta rekaan cerita semata-mata(kerana kita tak mungkin tahu fakta sebenar melalui hanya filem nih)).

Warning: Spoiler Alert! (walau sudah 3 tahun ditayangkan)

The Social Network mengisahkan kelahiran fenomena rangkaian sosial yang paling dasyat dalam era teknologi internet disertakan dengan kesan sampingan yang mendalam dalam erti kemanusiaan.

Peh! Deep kan? hehe

Tapi sungguh! Aku bengang betul dengan watak Mark Zuckerberg hasil lakonan Eisenberg nih. Nyekit molep. Gere nok napa. Huh

Ok. Aku memang jadi geram dengan Mark Zuckerberg bila tengok filem nih. Dasar pentingkan diri sendiri. Pendendam. Tak kenang budi. Lupakan kawan. Huh

 Memula start citer nih aku macam tak paham sangat. Memang orang genius perbualan dia cakap laju daripada orang lain eh? Kalau ya. Aku sangat bersyukur sebab tonton filem ini bersama subtittle. Selain daripada tu, semua berjalan dengan lancar. Skripnya pun bagus. Layan je konflik dan drama. Endingnya juga tidak mengecewakan.

Sampai aku terlupa nih semua bukan dokumentari yang berasaskan dengan fakta yang sahih malah filem ini adalah rekaan semata-mata bagi tujuan hiburan. Watak-wataknya langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati.

Suka aku ingatkan, filem nih lebih daripada hiburan ringan yang biasa kita tahu dalam saluran TV kita dan citer The Social Network nih bagi aku kurang sesuai untuk hiburan kanak-kanak yang kurang matang.

Jujur aku cakap, filem nih memang best untuk dilayan.

 

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *